spot_img
spot_img

Bestinet terima lanjutan 3 tahun kontrak FWCMS

spot_img

PETALING JAYA: Bestinet Sdn Bhd dikehendaki menyerahkan kawalan Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS – Foreign Workers Centralised Management System) di bawah perjanjian baharu yang akan menyaksikan kontraknya diperbaharui untuk tiga tahun lagi.

Memetik sumber kerajaan, Channel NewsAsia berkata penyerahan FWCMS adalah antara “syarat ketat” yang dikenakan ke atas Bestinet, penyedia sistem IT untuk pengambilan pekerja dari semua negara sumber.

Bestinet mesti menyerahkan kepada kerajaan kod Swift dan sifir abjad angka yang digunakan oleh bank di seluruh dunia untuk pemindahan dana antarabangsa, kata laporan itu.

- Advertisement -

Firma itu juga mesti menyerahkan protokol dalam sistem pembayaran yang digunakannya dalam memproses pekerja asing ke Malaysia.

“Putrajaya kemudiannya akan membuat pembayaran kepada Bestinet untuk perkhidmatannya,” katanya.

Dihubungi oleh CNA, seorang eksekutif Bestinet enggan mengulas, tetapi berkata kerajaan akan membuat “apa-apa pengumuman yang perlu, jika ada”.

- Advertisement -

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail tidak menjawab pertanyaan CNA.

Pada 1 Jun, Malaysiakini melaporkan bahawa kerajaan akan melanjutkan perjanjiannya dengan Bestinet, dengan penggunaan berterusan FWCMS, selama tiga tahun lagi.

Kerajaan akan mengekalkan kawalan yang lebih besar ke atas proses itu, yang juga akan menyaksikan jumlah yuran Bestinet bagi setiap pekerja dikurangkan daripada RM100 kepada RM80, kata laporan itu.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img