spot_img
spot_img

Rakyat akan menilai ke mana duit jimat subsidi diesel

spot_img

KUALA LUMPUR, 18 Jun — Walaupun jawapan yang positif dari kerajaan bahawa wang yang dijimatkan dari subsidi diesel akan disalurkan terus kepada rakyat, ramai pakar ekonomi berpendapat, ia akan dinilai oleh rakyat dalam tempoh 6 bulan hingga ke setahun ini.

Rakyat akan menilai dari segi kestabilan ekonomi, kekukuhan matawang berbanding negara serantau, peluang pekerjaan, harga barang dan lain-lain kualiti hidup, adalah ia semakin baik atau semakin menurun.

Menurut Yusuf Abu Zalan, Pengerusi Persatuan Cakna Kejiranan, rakyat masih skeptikal dengan hasil dari penjimatan ini. “Akhirnya kita sebagai rakyat akan merasa dari kehidupan seharian kita, adakah semakin baik atau semakin susah. Data, nombor yang diwar-warkan oleh kerajaan tidak akan memberi erti jika kesan negatif masih dirasai oleh rakyat”, ujarnya.

- Advertisement -

Semalam, Menteri Perhubungan Fahmi Fadzil cuba menjawab salah satu soalan paling mendesak selepas kerajaan Anwar membatalkan pemberian subsidi diesel secara menyeluruh, dan menggantikan subsidi diesel secara bersasar, atau golongan tumpu.

Fahmi memberi penjelasa dengan penggunaan infografik di platform media sosial X malam tadi.

Fahmi mengulangi apa yang dicadangkan oleh Perdana Menteri bahawa wang yang dijimatkan dari bayar subsidi secara menyeluruh, kini dikembalikan kepada rakyat dengan tepat.

- Advertisement -

Antara lain dalam posting itu beliau menyebut :

1) Bagi syarikat, masih menikmati subsidi diesel pada harga biasa melalui Kad Fleet.

2) Bagi individu, masih menikmati subsidi melalui bantuan tunai RM2,400 setahun

3) Bagi kebanyakan rakyat, harga barangan dijamin melalui inisiatif yang baru diumumkan oleh Perdana Menteri, di mana beliau merujuk kepada penurunan harga telur ayam sebanyak tiga sen, berkuat kuasa 17 Jun.

 

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img