Free Porn
xbporn

buy twitter followers
uk escorts escort
liverpool escort
buy instagram followers
Galabetslotsitesi
Galabetsondomain
vipparksitesigiris
vipparkcasinositesi
vipparkresmi
vipparkresmisite
vipparkgirhemen
Betjolly
spot_img
spot_img

Selepas Sarawak, Johor juga mahukan yang ‘istimewa’

spot_img

PETALING JAYA: Pemangku Raja Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, menggesa reformasi sistem persekutuan, dengan Johor dilayan sebagai ‘rakan kongsi’, bukannya sebuah negeri di bawah Malaysia, dan mencadangkan parti-parti politik yang ada di Johor untuk bersatu dalam gabungan yang dikenali sebagai “Gabungan Bangsa Johor” untuk menjamin kepentingan negeri itu..

Baginda mengambil contoh bagaimana gabungan kerajaan Sarawak iaitu Gabungan Parti Sarawak (GPS) hanya terdiri daripada beberapa parti yang berasal dari Sarawak sahaja, Tunku Ismail berkata negeri itu telah menggunakan kelebihan itu untuk berunding dengan lebih berkesan dengan pihak kerajaan persekutuan.

Naratif politik kenegerian ancam Persekutuan Malaysia (berita-tular.com)

- Advertisement -

“Di Sarawak, anda melihat parti Sarawak berkuasa. (Tetapi) di Johor, anda ada PKR, DAP, Umno, PAS. Mengapa anda (ahli politik) tidak bergabung untuk membentuk Gabungan Bangsa Johor ?,” katanya semasa podcast yang disiarkan secara langsung di Facebook.
“Apabila anda bergabung tenaga dan bersatu, kerajaan persekutuan tidak boleh pekak lagi (tuntutan anda). You’ll be the kingmaker,” kata Tunku Ismail, yang sering dirujuk sebagai TMJ.

“Bukan kita nak merusuh, menentang kerajaan atau cuba menggulingkan mana-mana pihak. Cuma saya mahu Johor mempunyai haknya. Sampai bila Johor akan jadi pengemis?,” katanya sambil menambah ini pandangan peribadinya.

Dalam podcast itu, Tunku Ismail turut menggesa supaya sistem persekutuan diubah “kerana Johor… Ia bukan milik Malaysia. Kami adalah rakan kongsi. Jadi anda perlu mula melayan kami sebagai rakan kongsi,” katanya.

- Advertisement -

Beliau berharap pada masa hadapan “sekurang-kurangnya 20-30% daripada hasil negeri akan kembali ke Johor.”

Beliau berkata semua hasil cukai negeri pada masa ini diserahkan kepada kerajaan persekutuan. Nilai itu dianggarkan sebanyak RM48-49 bilion setahun, dan kerajaan persekutuan memberi semula kepada kerajaan negeri sebanyak RM1.4 bilion. Bagaimana kita hendak menjaga rakyat Johor dengan RM1.4 bilion setahun?”

GPS, gabungan pemerintah di Sarawak, ditubuhkan selepas Barisan Nasional kehilangan kuasa pada pilihan raya umum 2018 dan kini merupakan gabungan politik keempat terbesar negara, dengan 23 kerusi di Dewan Rakyat.

Gabungan itu mempunyai 79 kerusi di 82 kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak dan terdiri daripada empat parti berpangkalan di Sarawak iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu, Parti Demokratik Progresif, Parti Rakyat Bersatu Sarawak dan Parti Rakyat Sarawak.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
1
+1
1

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img