Free Porn
xbporn

buy twitter followers
uk escorts escort
liverpool escort
buy instagram followers
Galabetslotsitesi
Galabetsondomain
vipparksitesigiris
vipparkcasinositesi
vipparkresmi
vipparkresmisite
vipparkgirhemen
Betjolly
spot_img
spot_img

Bukan batal subsidi diesel, tetapi alih terus beri bersasar kepada rakyat

spot_img

NIBONG TEBAL 10 Jun: Bukan sesuatu yang mudah bagi pihak kerajaan untuk ‘menyentuh subsidi’ yang telah dinikmati rakyat sejak kemerdekaan. Ia bukan tindakan popular. Ia pastinya akan merosakkan imej kerajaan Madani. Tetapi kenapa kerajaan masih terus melaksanakan subsidi bersasar dengan dimulakan dengan bahan api diesel itu. Pastinya kerajaan sudah menjangka, mengkaji dan akan mempunyai hasil kelak untuk dipertimbangkan oleh rakyat akan rasionalnya keputusan ini. Namun buat masa ini, kerajaan sedang dimarahi oleh majoriti rakyat Malaysia. Sama ada rakyat faham atau tidak dengan penerangan rasionalisasi subsidi diesel ini, pihak pembangkanglah yang memperoleh manfaat terbesar dalam isu ‘tiada subsidi diesel’ yang dimainkan.

Semalam, Menteri Ekonomi ‘panas’ diasak dengan soalan oleh hadirin di Majlis Pelancaran Jentera Perpaduan untuk Pilihan Raya Kecil Sungai Bakap ekoran isu harga minyak yang tidak turun, termasuk susulan pengumuman penetapan harga runcit bahan api diesel pada RM3.35 seliter bermula tengah malam tadi di stesen minyak seluruh Semenanjung Malaysia.

- Advertisement -

(Rafizi Ramli – Menteri Ekonomi)

Dalam ceramah itu, Rafizi memaklumkan kerajaan tidak pernah membatalkan subsidi bahan api termasuk diesel mencecah RM60 bilion setahun, sebaliknya mengalihkannya dengan memberikannya terus kepada rakyat.

Beliau berkata, sebelum ini subsidi terbabit dibayar kepada beberapa syarikat minyak saban tahun, berbeza dengan tindakan kerajaan ketika ini yang terus mengagihkannya termasuk kepada keluarga yang menikmati pembiayaan serendah RM200 hingga RM500 sebulan.

- Advertisement -

“Zaman minyak dulu yang harga RM1.90 tahu tak berapa harga minyak mentah masa itu? Tahu tak berapa subsidi yang kerajaan kena belanjakan? Sikit saja (ditanggung kerajaan kerana) masa itu subsidi kena belanja RM3 bilion daripada bajet RM200 bilion lebih.

“Sekarang ini subsidi RM60 bilion dengan harga minyak mentah AS$80 (setong)… saya sebut dulu (turunkan harga minyak) kalau harga minyak mentah rendah dan subsidi itu masih lagi boleh ditangguh kenapa nak hapuskan subsidi.

“(Sekarang) bila subsidi sudah jadi RM80 bilion nak buat sekolah tak boleh, nak naik gaji tak boleh dan subsidi menyebabkan harga (minyak) yang rendah itu yang dapatnya orang kaya-kaya, bukankah lebih baik kita alihkan subsidi itu, bukanlah kita batalkan.

“(Kita) alih subsidi maksudnya subsidi terus diberi. Diesel kenderaan awam, lori kecil, pikap, peniaga semua dapat, malah orang biasa gaji RM100,000 ke bawah setahun pun dapat atau kita agihkan kepada keluarga biar dapat subsidi minyak tiap-tiap bulan RM200, RM300, RM400 (atau) RM500,” katanya.

Dalam pada itu, Rafizi turut menyuarakan keyakinan bahawa rakyat akan dapat melihat dengan lebih baik bagaimana peruntukan subsidi itu disalurkan kepada isi rumah berbanding terus dibayar kepada syarikat minyak.

Sebelum ini, Rafizi pernah dilaporkan berkata Kerajaan dijangka menanggung subsidi lebih RM100 bilion setahun sekiranya harga minyak mentah dunia mencecah AS$100 setong, melainkan reformasi dilaksanakan terhadap sistem subsidi.

Menurutnya, perbincangan berkenaan subsidi bersasar tidak dapat dielakkan apabila melibatkan anjakan besar yang perlu dilaksanakan untuk mengukuhkan kedudukan fiskal negara.

Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa semua Perdana Menteri sebelum ini bersetuju terhadap penyasaran subsidi namun tidak berkemampuan untuk melaksanakannya berikutan tiada tekad politik.

Menurut Perdana Menteri ke-10 itu, beliau sedar tindakan penyarasan subsidi mempunyai risiko, namun ia tiada pilihan demi menyelamatkan negara.

Pelaksanaan subsidi bersasar untuk diesel bermula hari ini adalah antara langkah pembaharuan utama di bawah rangka kerja Ekonomi Madani. Ia bagi memastikan pengurusan fiskal yang mampan dan menangani isu ketirisan serius dalam sistem, tanpa menjejaskan kebajikan rakyat.

Harga diesel di stesen minyak di Semenanjung Malaysia diapungkan dan mengikut harga pasaran pada masa ini adalah RM3.35 seliter.

Selaras dengan langkah itu, pengguna yang layak akan menerima bantuan tunai Budi Madani RM200 sebulan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img