Free Porn
xbporn

buy twitter followers
uk escorts escort
liverpool escort
buy instagram followers
Galabetslotsitesi
Galabetsondomain
vipparksitesigiris
vipparkcasinositesi
vipparkresmi
vipparkresmisite
vipparkgirhemen
Betjolly
spot_img
spot_img

Bekas ahli DAP dakwa parti itu hilang asas moral politik

spot_img

BOLEH dikatakan Hannah Yeoh mewakili generasi pimpinan DAP yang ketiga selepas generasi Dr. Chen Man Hin, Kit Siang, Devan Nair, Karpal Singh, diikuti generasi Guan Eng dan kini generasi Loke.

Setiap generasi DAP ini ditarbiah dengan sangat kental tentang prinsip perjuangan parti. Dan sepanjang turun naik politik, DAP saya kira berjaya mengawal nafsu serakah berbanding parti-parti politik yang lain.

Hannah antara pemimpin muda yang dilihat berprinsip dan praktikal, yang betul-betul mengikut acuan politik DAP. Dia boleh bercakap dengan pelbagai manusia dari pelbagai peringkat, satu keistimewaan yang tak boleh dibuat-buat.

- Advertisement -

Tapi itulah, masa berlalu, siapa sangka kini dia menjadi simbol kerosakan moral politik DAP.

Ketika zaman DAP kental berprinsip, DAP meletakkan satu asas atau benchmark yang cukup tinggi dalam etika politik. Dan saya kira, itu retorik yang bukan kaleng-kaleng.

Bagaimana suatu ketika dahulu, dia menggambarkan UMNO ini suatu parasit yang merosakkan integriti politik dan negara.

- Advertisement -

Lihat bagaimana dia mengkritik dan mengecam kronisme, nepotisme sebagai virus yang begitu jijik dalam politik, yang harus ditunjal keluar.

Tetapi hari ini, dia boleh duduk dalam satu kabinet dengan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, pemimpin UMNO yang bermasalah, yang pernah dikecamnya dahulu.

Hari ini, dia boleh berkata, urusan syarikat suaminya dengan kerajaan Selangor sebagai berdasarkan ‘merit’ sungguhpun UMNO dikecam teruk kerana amalan nepotisme dan kronisme dalam pelbagai lantikan dan pemberian projek.

Sama ada Hannah ini pelupa atau tiba-tiba bodoh, saya tak pasti. Yang dia patut tahu, ada merit atau tidak ada merit sesuatu perkara itu, perlu ada etika dan ada asas moralnya.

Momokan monopoli dalam ekonomi atau perniagaan, sering dikatakan datang dari dukungan politik (kronisme dan nepotisme), tetapi jangan silap, monopoli dan ketidakadilan juga boleh datang melalui merit.

Sistem merit ini bukanlah baharu, di Barat sistem ini sudah lama dipraktikkan, dan ternyata ia gagal menyelesaikan masalah etika dan keadilan sosial.

Buku The Tyranny of Merit: Can We Find the Common Good? karya Michael Sandel, banyak menyatakan masalah merit ini, tetapi kita tidak semak dan peduli.

Buku ini menyimpulkan bahawa merit menjadi sejenis kezaliman menerusi cara ia menyifatkan kelayakan kepada orang yang berjaya. Bagi yang miskin, mereka tidak akan keluar dari kemiskinan kerana mereka tiada keupayaan untuk mengadakan ‘merit’ (kelayakan) untuk menggapai kejayaan.

Melihat kembali rekod politik Hannah yang mengecam Ahmad Zahid dan UMNO sebelum ini, Hannah sebenarnya tidak ada merit untuk bercakap tentang merit. Merit mewujudkan monopoli dan DAP mahu memonopoli merit sebagai retorik keadilan.

Lebih 10 tahun saya menjadi ahli DAP, belum pernah di masa saya bersama parti itu, DAP hilang asas moral politik seperti hari ini.

Hari ini saya bersyukur, saya ada merit untuk bercakap tentang merit.

MAHDZIR IBRAHIM
Bekas ahli dan pemimpin DAP

(Yang disiarkan di Utusan Malaysia)

Foto : UTUSAN/FAISOL MUSTAFA

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img