Free Porn
xbporn

buy twitter followers
uk escorts escort
liverpool escort
buy instagram followers
Galabetslotsitesi
Galabetsondomain
vipparksitesigiris
vipparkcasinositesi
vipparkresmi
vipparkresmisite
vipparkgirhemen
Betjolly
spot_img
spot_img

TPM : Jadikan TVET pilihan utama lepasan sekolah menengah

spot_img

BANTING, 7 Jun — Malaysia perlu bergerak ke arah menjadikan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai pilihan utama lepasan sekolah menengah, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid, yang juga pengerusi Jawatankuasa TVET Kebangsaan, berkata saranan ini sejajar dengan keperluan negara untuk menyediakan tenaga kerja yang lebih mahir atau cekap bagi memenuhi permintaan pasaran pekerjaan pada masa hadapan.

“Saya percaya kita perlu bergerak ke hadapan dengan mengikuti negara maju seperti Jepun, di mana TVET menjadi pilihan utama lepasan sekolah menengah berumur 15 tahun ke atas.

- Advertisement -

“Di Malaysia, Kementerian Pendidikan juga telah memulakan pendidikan TVET melalui Kolej Vokasional dan Politeknik untuk lepasan Tingkatan Tiga, dan usaha ini perlu diperkasakan lagi supaya TVET menjadi pilihan utama di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita hari ini selepas melawat tapak pameran sempena sambutan Hari TVET Kebangsaan 2024 di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat di sini.

Ahmad Zahid berkata adalah tidak salah untuk Malaysia mencontohi negara seperti Jepun kerana langkah ini dapat menyediakan negara dengan tenaga kerja mahir selaras dengan perubahan teknologi dan keperluan industri domestik dan antarabangsa.

- Advertisement -

Beliau berkata pada masa ini, lebih 4,000 kursus ditawarkan melalui 1,345 institusi TVET di seluruh negara, dengan 250,000 tempat kemasukan disediakan.

Beliau berkata sebanyak 280,000 permohonan telah diterima daripada pemegang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mengikuti kursus-kursus tersebut, dan beliau berharap sekurang-kurangnya 40 peratus daripada mereka boleh memulakan pengajian pada sesi pengambilan Julai.

“Kami berharap ibu bapa dapat memainkan peranan dengan menggalakkan anak-anak mereka meneruskan pendidikan TVET, yang diketahui menjanjikan lebih banyak peluang pekerjaan dengan gaji yang lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata pelajar yang tidak menghadiri peperiksaan SPM 2023 juga layak mengikuti pengajian di institusi TVET, dengan syarat menguasai teknik 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.

Ahmad Zahid berkata ini adalah antara usaha kerajaan untuk memastikan masa depan mereka lebih terjamin melalui kemahiran yang diperoleh melalui pendidikan TVET.

“Malah, kita juga menggalakkan pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi dalam bidang TVET di lima universiti TVET termasuk UniKL, Universiti Malaysia Pahang dan Universiti Malaysia Perlis,” katanya.

Berhubung sambutan Hari TVET Kebangsaan 2024, timbalan perdana menteri melahirkan rasa puas hati dengan program dan aktiviti yang dijalankan dengan menyatakan lebih 10,000 pengunjung telah hadir setakat ini, dengan jumlah itu dijangka meningkat dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim esok.

Beliau berkata 48 pempamer dari pelbagai institusi TVET mengambil bahagian, mempamerkan produk dan bidang pengajian mereka, serta menawarkan 5,000 peluang pekerjaan sepanjang sambutan itu.

Ahmad Zahid menggesa pelajar lepasan TVET dan SPM melawat pameran itu untuk meneroka peluang sama ada mendapatkan pekerjaan atau melanjutkan pelajaran.

Sambutan Hari TVET Kebangsaan 2024 bermula hari ini, dengan majlis penutupan dijadualkan esok, akan disempurnakan oleh perdana menteri, yang juga akan melancarkan Dasar TVET Kebangsaan 2030.

 

 

Sumber — Bernama

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img