Free Porn
xbporn

buy twitter followers
uk escorts escort
liverpool escort
buy instagram followers
Galabetslotsitesi
Galabetsondomain
vipparksitesigiris
vipparkcasinositesi
vipparkresmi
vipparkresmisite
vipparkgirhemen
Betjolly
spot_img
spot_img

PRK Sungai Bakap : Booster untuk UMNO jika bertanding

spot_img

NIBONG TEBAL: Sudah berbunyi suara dari penyokong parti Melayu tertua negara, UMNO di Pulau Pinang yang mahukan UMNO bertanding semula di PRK DUN Sungai Bakap tidak lama lagi, bukannya calon dari PKR. Pilihanraya itu akan diadakan kerana kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff mewakili PAS.

DUN Sungai Bakap memiliki peratusan pengundi Melayu tertinggi iaitu hampir 60 peratus atau kira-kira 23,230 daripada jumlah ke­seluruhan pengundi seramai 39,187 orang. Jika dilihat dari keputusan PRU 15 lalu, soko­ngan orang Melayu kepada UM­NO adalah yang kedua tertinggi selepas PAS. Pada ketika itu ia adalah pertembungan tiga penjuru kerana PH bukan lagi rakan gabungan bersama BN.

Menurut penganalisis, kerajaan perpaduan bukan sahaja berpotensi merampas semula DUN itu, tetapi pada masa yang sama membantu menaikkan semula sokongan serta moral UMNO jika berjaya memenangi kawasan itu, untuk persediaan pilihanraya yang akan datang.

- Advertisement -

UMNO sudah membuktikan mereka memberikan sokongan ahli dan orang Melayu kepada calon DAP hingga menang pada PRK Kuala Kubu Bharu baru-baru ini. Kerjasama jujur akan teruji jika UMNO terpilih menjadi calon, adakah jentera PH dan para penyokong mereka akan memberi undi untuk memenangkan calon dari UMNO.

Dengan sokongan kakitangan awam yang bersetuju akan hala tuju kerajaan kini, yang diterjemahkan melalui undi di PRK Kuala Kubu Bharu, dicampur dengan pengundi UMNO khususnya orang Melayu yang beralih arah sebelum ini serta pengundi atas pagar untuk kembali menyokong parti itu, ia pasti akan memberi suatu booster untuk sokongan orang Melayu seterusnya manfaat kepada parti gabungan kerajaan.

Sungai Bakap merupakan kawasan selamat serta berpotensi menang untuk UMNO kembali memulakan momentum kemenangan dan memperoleh keyakinan orang Melayu semula. Penganalisis politik berpendapat, PH terutamanya PKR harus bijak dengan berkorban kerusi itu untuk kebaikan yang lebih besar, iaitu membantu UMNO mendapatkan semula kemenangan, dan seterusnya meningkat sokongan orang Melayu kepada kerajaan perpaduan.

- Advertisement -

“Jadi, saya ingat kita (UMNO) sudah bagi peluang kepada mereka atas semangat perpa­duan. Sekarang, apa salahnya kalau kita cuba balik kepada UMNO,” kata seorang ahli UMNO tempatan yang tidak mahu dinamakan.

Untuk rekod, UMNO pernah memegang kerusi DUN Sungai Bakap selama satu penggal iaitu dari 2004 hingga 2008 menerusi Allahyarham Datuk Seri Abdul Rashid Abdullah yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang.

PKR pula menguasai kerusi tersebut selama tiga penggal menerusi Datuk Maktar Sha­pee (2008 hingga 2018) dan Dr. Amar Pritpal Abdullah (2018 hingga 2023) sebelum calon parti itu, Norhidayah Che Rose tewas di tangan Nor Zamri pada PRN lalu dengan majoriti 1,563 undi.

Dalam perkembangan ber­kaitan, sumber sama memaklumkan, UMNO di Sungai Ba­kap secara umumnya telah menyenarai pendek beberapa nama calon andai diberikan peluang untuk bertanding kerusi tersebut pada Pilihan Raya Kecil (PRK) nanti.

“Menuntut (kerusi untuk UMNO) itu hak kita. Tapi yang akan menentukan itu mereka yang di ataslah (kepimpinan PH dan BN di bawah kerajaan perpaduan). Apa pun, kita (UMNO) tetap akan bekerja seperti biasa andai mereka (kepemimpinan) masih tidak memberi peluang kepada kita untuk bertanding atas nama semangat perpaduan,” katanya lagi.

Namun ada yang berpendapat bahawa cadangan itu terlalu awal untuk disuarakan di peringkat akar umbi sebelum keputusan dibuat di peringkat atasan rundingan PH-BN.

What’s your Reaction?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img