spot_img
spot_img

Hospital kerajaan tidak cukup kakitangan yang kronik

spot_img

PETALING JAYA: Hampir semua klinik dan hospital kerajaan di seluruh negara dilaporkan beroperasi dalam keadaan kurang kakitangan sehingga menyebabkan berlaku lambakan tugas dan memanjangkan lagi tempoh menunggu.

Presiden Persatuan Peruba­tan Malaysia (MMA), Dr. Azizan Abdul Aziz berkata, tinjauan pihaknya mendapati hanya lima peratus kemudahan penjagaan kesihatan awam mempunyai te­naga yang mencukupi.

Menurutnya, hampir separuh daripada responden memaklumkan kekurangan sumber te­naga itu berpunca daripada doktor yang memilih untuk berhenti kerja atau berpindah.

- Advertisement -

Sehubungan itu, jelasnya, Kementerian Kesihatan (KKM) perlu menjalankan kajian komprehensif yang telus bagi menangani masalah kekurangan tenaga dan beban kerja dalam sektor kesihatan awam.

“Hanya enam responden (lima peratus) menunjukkan mereka mempunyai tenaga manusia mencukupi manakala 36 responden (32 peratus) memerlukan peningkatan sehingga 50 peratus tenaga kerja.

“51 responden (46 peratus) pula memerlukan peningkatan hingga 100 peratus.

- Advertisement -

“(Selain itu), 18 responden (16 peratus) memerlukan lebih dua kali ganda daripada bila­ngan doktor semasa untuk menyediakan perkhidmatan yang baik,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Azizan memberitahu, pihaknya percaya antara sebab utama berlaku masalah kekurangan tenaga kerja adalah brain drain (penghijrahan cendekiawan).

“Terdapat peningkatan men­dadak doktor meletakkan ja­watan dan tidak menerima per­jawatan tetap. Doktor memilih untuk berhenti bukanlah mengejutkan, sudah dibangkitkan berulang kali.

“Terbaharu, Senator Dr. R.A. Lingeswaran berkata, 3,046 doktor kontrak meletakkan jawatan sejak tiga tahun lalu menurut KKM,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau berkata, kerajaan perlu memandang serius isu tersebut sebelum sistem kesihatan negara lumpuh.

Jelasnya, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Kementerian Kewangan (MOF) dan KKM perlu bekerjasama rapat dengan semua pihak untuk menyelesaikannya.

“Dalam jangka masa panjang, kita memerlukan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang mampu menguruskan sistem penjagaan kesihatan berasingan daripada KKM, JPA dan MOF,” ujarnya.

Sementara itu, pihaknya mencadangkan empat langkah penyelesaian, antaranya mewujudkan papan pemuka yang te­lus memaparkan jumlah pe­kerja kesihatan sepertimana dilakukan pada era Covid-19.

Selain itu, kerajaan perlu merangka terma gaji baharu supaya pendapatan mereka berdaya saing dengan sektor swasta.

“Terdapat kumpulan doktor yang kontraknya akan tamat pada bulan ini dan Julai, tetapi tidak mendapat jawapan kon­krit mengenai masa depan mereka. Bukankah kita sepatutnya mengekalkan mereka untuk membendung masalah ini?

“Banyakkan usaha membaiki kemudahan dan menggantikan peralatan yang rosak, pastikan semua sumber tidak dibelanjakan di kawasan bandar sahaja, masyarakat luar bandar turut layak mendapat kualiti penjagaan yang sama,” katanya.

 

Sumber – UTUSAN

Oleh ARIF AIMAN ASROL

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img