spot_img
spot_img

Peluang besar PH-BN rampas DUN Sungai Bakap

spot_img

Pulau Pinang 27 May: Keserasian gabungan PH-BN boleh diterjemahkan sekali lagi pada pilihanraya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap selepas kemenangan gabungan parti kerajaan itu di PRK Kuala Kubu Bharu dua minggu lepas. DUN Sungai Bakap ini berada di dalam Parlimen Nibong Tebal, yang merupakan kawasan Menteri Pelajaran, Fadhlina Sidek.

Menurut data Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tahun 2023, Melayu mewakili 59.36% pengundi. Manakala Pengundi Cina adalah (22.54%), India (17.39%), dan lain-lain (0.71%) meliputi 38,409 pemilih.

Dari segi komposisi penduduk yang majmuk sahaja, kelebihan sudah ke arah gabungan kerajaan Madani di mana mereka telah mempunyai hampir 40% pengundi bukan Melayu di pihak mereka. Manakala untuk pengundi Melayu, sekali lagi peranan UMNO diperlukan oleh parti kerajaan bagi menarik sekurang-kurangnya 20% sahaja minimum sokongan kaum itu bagi memastikan kemenangan berpihak kepada parti kerajaan.

- Advertisement -

Faktor seperti perubahan sokongan penjawat awam kepada parti kerajaan juga memberi kelebihan seperti yang diterjemahkan oleh mereka pada PRK Kuala Kubu Bharu baru-baru ini. Ditambah dengan penduduk Sungai Bakap adalah separa bandar, profesional bekerja di bandar, pemikiran pengundi lebih kritis, memilih berdasarkan akan kebolehan wakil rakyat mereka untuk memberi khidmat di kawasan itu dan tidak terpengaruh dengan naratif kaum serta agama dijangka turut menyumbang kepada kebolehan PH-BN merampas kembali kerusi itu.

Pada PRN Pulau Pinang 2023 lepas, Allahyarham Nor Zambri Latiff dari parti PAS memperoleh 1,563 undi dengan 15,433 jumlah undi menewaskan calon PKR Nurhidayah Che Rose yang memperoleh 13,870.

- Advertisement -

(Nurhidayah Che Rose – Bekas calon PRN DUN Sungai Bakap dan kini bertugas sebagai Pegawai Khas Hal Ehwal Komuniti & Wanita Menteri Pendidikan)

PH-BN sudah tentu akan menggunakan kedudukannya sebagai blok kerajaan untuk menambat hati rakyat di kawasan itu, paling penting komuniti Melayu yang mewakili 59.36% pengundi.

DUN Sungai Bakap ini bersebelahan dengan DUN Jawi , milik DAP dan Sungai Acheh milik UMNO yang berada dalam kawasan parlimen yang sama. Ini juga secara tidak langsung memberi kelebihan kepada PH-BN dan mempengaruhi pengundi setempat untuk bersama dalam arus kerajaan negeri dan pusat. DUN Sungai Bakap ini pernah dimiliki UMNO pada PRU11 (2004-2008) sebelum ditawan oleh Pakatan Rakyat (PKR-PAS-DAP).

Menurut Azmi Hassan, Felo Majlis Profesor Negara (MPN), jika PAS mampu mengekalkan kemenangan di Sungai Bakap sekali pun, kemungkinan dengan majoriti kurang dari 500 undi.

“Kerana PH-BN kini berada pada kedudukan kukuh dan keserasian mereka menjadi tarikan kepada pengundi”, katanya.

Penganalisis juga berpendapat, PN masih bergantung sepenuhnya kepada undi Melayu, di mana parti komponen bukan Melayu mereka Gerakan tidak langsung mempunyai pengaruh akan pengundi Cina dan jentera pilihanraya PN bergantung kepada kekuatan PAS, dijangka menyukarkan gabungan parti pembangkang itu untuk mempertahankan kerusi DUN tersebut.

 

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img