spot_img
spot_img

Zionist bakar Al-Quran – ejek rakyat Palestine

spot_img

BAITULMUQADDIS: Sebuah video klip tular dalam media sosial memaparkan seorang anggota tentera Israel membakar senaskhah al-Quran di sebuah perpustakaan di Universiti Al-Aqsa, Gaza.

Suspek juga dilihat mencampakkan kitab suci umat Islam itu ke dalam timbunan api.

Video dan gambar itu turut disiarkan dalam saluran televisyen Israel.

- Advertisement -

Perdana Menteri Palestin, Mohammad Mustafa turut berkongsi gambar tentera itu di dalam akaun media sosialnya.

Menerusi perkongsian itu, anggota tentera itu dilihat sedang membaca buku yang dipercayai senaskhah al-Quran berlatarbelakang rak buku yang sengaja dibakar di perpustakaan sama.

“Tentera Israel menyasarkan semua universiti di semenanjung Gaza, dengan sebahagian besar sudah musnah sepenuhnya,” tulisnya dalam X.

- Advertisement -

Susulan itu, Bahagian Siasatan Jenayah Polis Tentera Israel membuka kertas siasatan berhubung salah laku anggotanya membakar al-Quran.

Sejak serangan di Gaza meletus, tentera Israel berulang-kali menyiarkan kandungan yang bersifat mengejek, menyindir dan merendahkan martabat rakyat Palestin dalam akaun media sosial mereka.

 

 

Sumber – Utusan Malaysia  

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img