spot_img
spot_img

Naratif politik kenegerian ancam Persekutuan Malaysia

spot_img

Putrajaya 25 May : Selepas tumbangnya parti pemerintah paling lama di Malaysia iaitu Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi oleh UMNO, politik Malaysia telah di reset kan. Ada kebaikan dan juga mendatangkan keburukan. Yang pasti, tiada apa yang akan kekal selamanya di dunia ini. Hanya kita manusia harus bijak mengatur apabila sesuatu perkara itu terjadi dengan ketentuan dari Maha Esa.

BN dijatuhkan oleh bekas pemimpin terkuat mereka sendiri pada PRU14 yang lalu iaitu Tun Dr Mahathir. BN masih bergelut untuk mendapat sokongan rakyat kini. Orang Melayu dan orang Cina masih tidak kembali memberikan sokongan kepada BN. Keadaan ini dijangka akan berterusan hingga PRU16 kelak di mana tiada perubahan sokongan akan berlaku. Tetapi jika Kerajaan Madani berjaya melakukan pentadbiran yang baik, berkemungkinan peningkatan sokongan orang Melayu kepada gabungan PH-BN akan meningkat seperti yang ditonjolkan oleh kakitangan awam semasa PRK Kuala Kubu Bharu lepas.

Dinamik penolakan kaum Bumiputera dan juga kaum Cina kepada BN telah memberi manfaat besar kepada parti politik ‘ekstrem’ iaitu DAP dan PAS . Rakan gabungan mereka mendapat manfaat yang jitu seperti Bersatu memperoleh kekuatan negeri-negeri Melayu dari PAS manakala PKR serta UMNO mendapat sokongan bukan Melayu sepenuhnya dari DAP.

- Advertisement -

Pola ini menjadikan tiada parti yang kuat. Masing-masing memerlukan kerjasama bagi menbentuk kerajaan . Selepas PRU14 negara kita boleh melihat peranan Raja-raja Melayu kembali signifikan dalam arena politik negara, di mana mereka tidak begitu ke depan sebelumnya. Artikel ini tidak akan merungkai adakah baik atau buruknya penglibatan Raja-raja Melayu dalam pengaruh mereka terhadap kerajaan akhir-akhir ini kerana ia amat sensitif untuk dibincangkan secara terbuka. Malaysia belum lagi matang seperti konsep Raja Berperlembagaan seperti di United Kingdom. Jadi selagi belum ada kekuatan mana-mana parti politik yang dominan seperti UMNO dahulu, negara memerlukan campur tangan Raja-raja Melayu bagi membentuk kerajaan dan memastikan kestabilan pemerintahan.

Yang membimbangkan dengan pola politik di Semenanjung ini ialah ia telah membawa bibit keburukan kepada Persekutuan Malaysia. Lihat sahaja apabila Kerajaan Persekutuan lemah, politik negeri-negeri sudah lantang memainkan naratif keburukan kerajaan persekutuan selama ini. Kononnya mereka ditindas.

Ia lebih ketara di Malaysia Timur; negeri Sabah dan Sarawak .

- Advertisement -

Sarawak melalui kepimpinannya kini berani untuk demanding kepada kerajaan persekutuan. Mereka tahu bahawa tanpa sokongan parti terbesar Sarawak iaitu GPS, kerajaan Madani tidak akan berjaya memperoleh majoriti. Semua naratif yang dimainkan di Sarawak kini adalah untuk orang Sarawak .

Mereka baru mempunyai syarikat petroleum sendiri (PETROS), kini sedang mendapatkan kelulusan untuk punyai bank negeri sendiri melalui pemilikan saham Affin Bank, bercita-cita ada syarikat penerbangan sendiri dengan pembelian MAS Wing, Ketua Menteri ditukar gelaran dengan Premier, bahasa Inggeris dijadikan bahasa utama di sekolah menengah dan dewan negeri serta pelbagai lagi yang tidak seiring dengan kerajaan persekutuan.

Begitu juga di Sabah, pilihan raya negeri yang akan berlangsung pada tahun 2025, kini sudah mula kempen Sabah untuk Sabah dan memburukkan pemimpin dari Semenanjung bermula. Kononya selama ini mereka miskin adalah disebabkan orang Semenanjung menjajah mereka.

Naratif seperti ini harus dikawal dan dipantau dengan tegas oleh kerajaan persekutuan. Ia tidak boleh melarat dan merebak. Kuasa autonomi harus ada hadnya untuk memastikan persekutuan Malaysia kekal kuat, bukannya semangat kenegerian.

Kuncinya di sini ialah orang Melayu. Jika mereka tidak bersatu, maka terlalu banyak kelebihan akan terhakis sedikit demi sedikit akibat kesalahan kaum itu sendiri.

Melayu sudah tidak majoriti dalam kerajaan. Melayu sudah berpecah banyak parti politik. Melayu semenanjung sudah tidak dihormati bumiputera Malaysia Timur.

Persoalannya, kenapa sukar untuk Melayu kembali bersatu ?

*Artikel ini adalah pandangan peribadi Editorial Berita Tular.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img