Pulau Pinang 24 May: Malaysia kini disenaraikan di kedudukan keenam dunia bagi eksport semikonduktor dilaporkan menguasai 7.0 peratus bahagian pasaran global.
Sektor semikonduktor tempatan mempamerkan daya tahannya tahun lepas apabila eksport susut hanya 3.0 peratus daripada RM595 bilion pada 2022 apabila jualan industri global jatuh 8.2 peratus.
Hasil sektor semikonduktor global diunjurkan meningkat kepada US$1 trilion (US$1=RM4.76) menjelang 2030, berbanding US$575 bilion pada ketika ini.
Terima kasih kepada konflik perdagangan yang berpunca dari Amerika Syarikat (AS) terhadap kemajuan China, secara tidak langsung negara mendapat tempias positif apabila pengeluar semikonduktor dunia memilih untuk mengeluarkannya di negara ini untuk divert pembuatan negara asal, supaya semikonduktor itu dapat mengelak sekatan perdagangan dari AS.
Persoalan kini ialah adakah terdapat penglibatan pemain Bumiputera di dalam industri ini supaya tidak terlepas arus ini. Kerajaan dan swasta kini memberi fokus dan sokongan 100% kepada industri ini.
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan merangka Pelan Strategik Semikonduktor secara menyeluruh bagi memastikan Malaysia terus kekal sebagai destinasi pelaburan terpilih bagi industri strategik ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Malah sekarang PM berada di Jepun terus mempromosikan negara sebagai destinasi terbaik dunia untuk semikonduktor demi menarik lebih banyak pemain industri ini melabur.
Berita Tular belum mendapat kepastian dari MITI akan penglibatan syarikat bumiputera yang sedia ada terlibat dalam semikonduktor ini. Jika penglibatan bumiputera tidak ketara di industri ini, adalah menjadi kewajipan bagi pihak kerajaan untuk memastikan bumiputera turut mendapat manfaat dari inisiatif utama kerajaan ini.
Oleh kerana sokongan penuh kerajaan Presiden MSIA, Datuk Seri Wong Siew Hai yakin dan akan mengadakan misi ke Belanda itu susulan dialog baru-baru ini di antara persatuan itu dan bakal pelabur Belanda yang berpotensi yang sedang meneroka peluang-peluang perniagaan dalam sektor semikonduktor di rantau Asia Pasifik.