test
spot_img
spot_img

Claim tak wujud – anak MB Perlis mengaku tidak bersalah

spot_img

MOHD Syafeeq Mohd Shukri, anak lelaki kepada menteri besar Perlis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kangar hari ini atas pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu RM19,000, lapor New Straits Times.

Anak Mohd Shukri Ramli itu didakwa menyerahkan tuntutan palsu berkaitan perkhidmatan menyediakan minuman untuk kegunaan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Hospital Tuanku Fauziah.

Tertuduh didakwa memberikan satu dokumen Pesanan Kerajaan (Bekalan/Perkhidmatan) kerajaan negeri Perlis bertarikh 14 Februari, 2024 berjumlah RM19,505.10 atas nama Mohd Farid Abdul Hamid.

- Advertisement -

Dia dituduh mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (2) akta sama.

Sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai butiran palsu atau RM10,000, mana yang lebih tinggi.

Pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norsalha Hamzah.

- Advertisement -

Timbalan Pendakwa Raya SPRM Rehab Abdul Shukur mohon tertuduh dikenakan ikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin, selain menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melapor diri di Pejabat SPRM Kangar setiap bulan.

Dalam rayuannya, peguam Mohd Fadhly Yaacob yang mewakili tertuduh mohon ikat jamin dikurangkan kerana tertuduh perlu menanggung isteri dan anaknya.

Fadhly memohon ikat jamin antara RM5,000 hingga RM7,000 dengan alasan tertuduh hanya berpendapatan RM1,500 sebagai petani dan penjual gas sejak 2014.

Mahkamah menetapkan ikat jamin RM20,000 dan membenarkan syarat tambahan dimohon pihak pendakwaan.

Sebutan semula kes ditetapkan 28 Jun depan dan bagi serahan dokumen. Tertuduh membayar ikat jamin yang dikenakan.

Pada 24 April, tertuduh antara enam individu yang ditahan reman oleh SPRM bagi membantu siasatan berkaitan dokumen tuntutan palsu bernilai RM600,000.

Pegawai kanan di Pejabat MB Perlis antara yang direman.

Suspek yang berusia antara 27 dan 37 tahun itu ditahan berhubung siasatan pelaksanaan projek pembangunan termasuk pembaikan dan penyelenggaraan di Perlis sejak 2022.

Pada 26 April, Syafeeq dan empat yang dibebaskan dengan ikat jamin susulan perintah reman tamat.

Empat hari kemudian, SPRM menahan Syafeeq mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009, sebelum dibebaskan dengan ikat jamin. – 23 Mei, 2024.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img