Free Porn
xbporn

buy twitter followers
uk escorts escort
liverpool escort
buy instagram followers
Galabetslotsitesi
Galabetsondomain
vipparksitesigiris
vipparkcasinositesi
vipparkresmi
vipparkresmisite
vipparkgirhemen
Betjolly
spot_img
spot_img

Arab Saudi berminat dengan normalisasi bersama Israel, tetapi bersyarat

spot_img

WASHINGTON (22 Mei): Tidak berselindung lagi, Arab Saudi dan kebanyakkan negara Arab di sekeliling Palestin lebih mengutamakan hubungan perdagangan berbanding untuk memperjuangkan kemerdekaan saudara sebangsa mereka iaitu Palestine. Manakan tidak, mereka masih boleh berunding dengan begitu berdiplomasi dengan sekutu kuat Israel iaitu Amerika Syarikat (AS) dalam semua urusan termasuk isu pencerobohan Palestin.

Semalam, Setiausaha Negara AS Antony Blinken berkata bahawa Amerika Syarikat dan Arab Saudi sangat hampir untuk memuktamadkan satu set perjanjian mengenai tenaga nuklear, keselamatan dan kerjasama pertahanan, yang merupakan sebahagian daripada perjanjian normalisasi yang lebih luas dengan Riyadh dan Israel.

Tetapi Arab Saudi cuba bermain seperti menarik rambut dalam tepung kerana mengingatkan bahawa untuk normalisasi yang lebih luas diteruskan, mesti ada ketenangan di Gaza dan rancangan laluan untuk pengiktirafan sebuah negara Palestin yang bebas merdeka. Retorik ini telah berlangsung begitu lama, hingga 70 tahun kekejaman Zionis tidak mampu dihalang oleh kuasa Arab yang kaya di rantau itu.

- Advertisement -

“Bagaimanapun, untuk normalisasi diteruskan, Arab Saudi telah menjelaskan dengan jelas bahawa walaupun perjanjian antara kami telah selesai, mereka perlu mempunyai dua perkara: mereka perlu bertenang di Gaza dan mereka perlu mempunyai laluan yang boleh dipercayai ke Palestin. negeri,” kata Blinken.

Bagaimanapun seperti sebelum ini, perjanjian demi perjanjian telah dirangka, namun sebahagian besarnya disebabkan oleh penolakan berulang kali Perdana Menteri Israel yang paling berkuasa di dunia iaitu Benjamin Netanyahu terhadap sebarang rancangan untuk mewujudkan negara Palestin.

Kini menurut sumber itu lagi, pentadbiran AS sedang berunding dengan Riyadh di landasan berasingan dan sedang berusaha untuk memuktamadkan rancangan, dan berkemungkinan menyisihkan Netanyahu untuk memutuskan sama ada untuk menyertainya. Namun masyarakat antarabangsa agak skeptikal kerana Israel sangat berkuasa di negara AS melalui pelobi AIPAC (American Israel Public Affairs Committee) yang memegang dwipartisan kongres negara itu.

- Advertisement -

Pegawai AS berharap Netanyahu tidak mahu melepaskan peluang bersejarah untuk membuka hubungan dengan Arab Saudi, penjaga tapak paling suci Islam iaitu Mekah. Tetapi mereka berkata mereka mengambil berat tentang tekanan politik domestik yang ditanggung PM Israel itu, termasuk menjaga kerajaan yang kini mendapat dokongan parti ekstrem Zionis Israel daripada tumbang.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img