PETALING JAYA: ITMAX System Bhd. menerima lanjutan kontrak sistem maklumat pengangkutan bersepadu (ITIS) bernilai RM105.3 juta daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Kontrak sambungan ini memanjangkan peruntukan ITMAX bagi sistem maklumat pengangkutan bersepadu (ITS), merangkumi pengawasan video dan papan tanda pemesejan video (VMS), melangkaui tarikh tamat awalnya pada 2026.
Fasa satu kontrak ITIS kini akan dilanjutkan sehingga 2029.
Pengarah urusan dan ketua pegawai eksekutif ITMAX, William Tan Wei Lun berkata, pihaknya akan menambah baik penyelesaian dan sistem infrastruktur digital bersepadu semasa untuk menangani perubahan keperluan pelanggan mereka dan menggalakkan transformasi digital.
“Ini termasuk lanjutan kontrak fasa satu, yang merupakan bukti penyelesaian yang kami berikan kepada bandaraya Kuala Lumpur dan paling penting kepercayaan yang diberikan DBKL kepada kami.
“Kami berbesar hati untuk berkongsi bahawa kami telah mencapai satu lagi pencapaian penting,” katanya.
ITMAX merupakan sebuah syarikat tempatan yang menyediakan penyelesaian bandar pintar.
Sumber – UTUSAN