spot_img
spot_img

TPM puji Sarawak fokus kepada pembangunan TVET

spot_img

SIBU, 19 Mei — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kestabilan politik telah membawa banyak pembangunan dan kemajuan di Sarawak dan membolehkan kepimpinan negeri fokus kepada bidang TVET (Technical and Vocational Education and Training) untuk pembangunan rakyatnya.

Menurut Ahmad Zahid, tidak ada negeri lain di Malaysia yang mempunyai tujuh institusi pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) seperti di Sarawak yang mengajar bidang teknologi seperti internet of things, robotik dan teknologi baharu.

Beliau berkata demikian pada pra-Gawai Parti Rakyat Sarawak. Sambutan 2024 di sini malam tadi.

- Advertisement -

Timbalan Perdana Menteri menyeru seluruh anak muda negara khususnya di Sarawak untuk memilih TVET sebagai pilihan kerana negeri itu mempunyai sumber baharu yang memerlukan tenaga mahir yang mencukupi.

Beliau juga menyatakan komitmen pada negeri Sarawak untuk memastikan pembangunan infrastruktur dipercepatkan melalui Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah serta Jabatan Kerja Raya bagi memastikan kemajuan TVET terlaksana.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img