KUALA LUMPUR, 2 Mei — Microsoft hari ini menjanjikan pelaburan AS$2.2 bilion (RM10.5 bilion) bagi tempoh 4 tahun dalam kecerdasan buatan (AI – Artificial Intelligence) dan pengkomputeran awan (cloud) di Malaysia untuk membantu membangunkan infrastruktur AI negara.
Ketua eksekutif gergasi teknologi dunia itu, Satya Nadella sedang dalam lawatan ke tiga negara di Asia Tenggara — Indonesia, Thailand dan Malaysia — untuk mengumumkan pelbagai pelaburan dalam pusat data, AI dan perkhidmatan awan.
Microsoft berkata ini merupakan pelaburan tunggal terbesar dalam sejarah 32 tahunnya di negara ini. Kenyataan itu dikeluarkan semasa Satya Nadella memberi ucaptama ucapan di Kuala Lumpur.
Pelaburan itu akan membantu membina infrastruktur AI dan perkomputeran awan di Malaysia, mewujudkan pusat kecemerlangan AI dan memberi latihan AI kepada lebih 200,000 rakyat Malaysia.
“Pelaburan kami dalam infrastruktur digital dan kemahiran akan membantu perniagaan, komuniti dan pemaju Malaysia menggunakan teknologi terkini untuk memacu pertumbuhan ekonomi dan inovasi yang inklusif di seluruh negara.
Sebelum ini, Microsoft juga mengumumkan pelaburan AS$1.7 bilion di Indonesia dan wilayah pusat data pertama Thailand untuk meningkatkan infrastruktur awan dan kecerdasan buatan.