spot_img
spot_img

RM1 bilion bantu syarikat inovatif Malaysia

spot_img

KUALA LUMPUR: Kerajaan Perpaduan melalui Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) menyediakan peruntukan awal RM1 bilion untuk melabur syarikat Malaysia dalam berpertumbuhan tinggi yang inovatif.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif itu disalurkan melalui ‘National Fund-of-Dana’.

Beliau berkata, kerajaan pada Belanjawan 2024 menggariskan komitmen untuk syarikat Malaysia melibatkan usahawan Bumiputera, syarikat baharu, Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang semakin meningkat.

- Advertisement -

“Kerajaan juga menyasarkan untuk memusatkan agensi pelaburan seperti Malaysia Venture Capital Management Bhd (MAVCAP) dan Penjana Kapital di bawah Khazanah,” katanya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika berucap merasmikan Sidang Kemuncak KL20 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, semalam.

Sidang Kemuncak KL20 dilaksanakan untuk menjadikan Malaysia sebuah destinasi pilihan untuk bakat terbaik global serta syarikat pemula yang berpotensi tinggi dan berkembang pesat.

- Advertisement -

Ia turut menekankan potensi Malaysia sebagai persekitaran yang kondusif untuk pemula, terutamanya dalam sektor utama seperti pembuatan dan automasi, teknologi pertanian, teknologi bersih dan kewangan Islam.

Sidang tersebut juga mempunyai matlamat selari de­ngan wawasan jangka panjang Malaysia iaitu menjadi sebuah ekonomi berpendapatan tinggi dan bernilai tinggi menjelang 2030.

KL20 juga berhasrat untuk menjadi sebuah pusat keusahawanan dan inovasi terkemuka di ASEAN dengan beralih daripada perindustrian kos rendah berasaskan komoditi kepada ekonomi berasaskan teknologi.

Menurut Anwar, KL20 di­rangka secara strategik selari dengan Kerangka Ekonomi Madani bagi mengalu-alukan pelaburan berkualiti tinggi dan bernilai tinggi dari seluruh dunia, selain memartabatkan usahawan tempatan ke peringkat global.

Sementara itu, Perdana Menteri memaklumkan, pelabur antarabangsa menyifatkan ketika ini masa yang tepat untuk melabur di Malaysia.

Katanya, ini kerana kestabilan dan tadbir urus yang baik ditunjukkan kerajaan hari ini termasuk sifat pro-perdaga­ngan dan pendirian neutral oleh Malaysia.

Susulan itu, Anwar berkata, negara menerima pelaburan daripada 25 entiti yang terlibat dalam persekitaran syarikat pemula yang sekali gus memberi peluang sebenar kepada Malaysia untuk mencipta usaha niaga teknologi termaju.

“Pelaburan hari ini termasuk dana kekayaan negara, seperti Khazanah Nasional Berhad, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan), dan Blue Chip Venture Capital yang akan melabur sehingga RM3 bilion dalam Ekosistem Asia Tenggara dan Malaysia di bawah Inisiatif Pelaburan ASEAN,” katanya.

Dalam ucapan sama, Anwar turut mengumumkan hasrat Malaysia menubuhkan hab reka bentuk litar bersepadu (IC) terbesar Asia Tenggara di Se­langor.

Jelasnya, usaha itu dilakukan dengan sokongan Perbadanan Teknologi Maklumat & Ekonomi Digital Selangor (Sidec), Kerajaan Negeri Sela­ngor selain kerjasama syarikat global.

 

 

 

Sumber – UTUSAN

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img