spot_img
spot_img

Tangguh rasionalisasi subsidi petrol & diesel, fahami penderitaan rakyat

spot_img

KUALA LUMPUR: Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa kerajaan menangguhkan rancangan rasionalisasin subsidi petrol dan diesel.

Menegaskan keperluan kajian semula menyeluruh terhadap rancangan itu di Dewan Rakyat, Muhyiddin berkata penangguhan rasionalisasi kedua-dua subsidi itu perlu dilakukan memandangkan beban semasa yang dihadapi rakyat akibat kenaikan harga barang dan pelbagai cukai.

“Saya menasihatkan kerajaan menangguhkan pelan rasionalisasi subsidi petrol dan diesel buat masa ini.

- Advertisement -

“Saya faham beban fiskal yang ditanggung negara kita berikutan jumlah subsidi yang banyak, tetapi pada masa sama, sanggupkah kita melihat rakyat menderita sedangkan mereka sudah dibebani dengan pelbagai isu berkaitan kos sara hidup dan kenaikan cukai? “, ujar bekas Perdana Menteri itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam membentangkan Bajet 2024, telah mengumumkan bahawa kerajaan merancang untuk mensasarkan subsidi diesel secara berperingkat, dan hanya membenarkan harga subsidi untuk pengguna terpilih.

Katanya, ia akan dilakukan secara berperingkat dalam menangani isu ketirisan di samping masih mengurangkan peningkatan kos yang dihadapi rakyat.

- Advertisement -

Syarikat pengangkutan kargo, antara lain, masih boleh menikmati diesel bersubsidi manakala yang lain akan dikenakan pada harga yang lebih tinggi.

Muhyiddin berkata, jika pelan rasionalisasi subsidi dilaksanakan, beliau yakin 100 peratus semua barangan dan perkhidmatan akan meningkat harganya, sekali gus membawa lebih banyak penderitaan kepada rakyat.

Tambahnya, kerajaan seolah-olah terlepas pandang beban yang ditanggung rakyat dengan keputusan menaikkan kadar cukai dan kenaikan lain baru-baru ini.

“Seolah-olah semuanya dilonggokkan kepada rakyat tanpa strategi jaringan keselamatan sosial yang komprehensif.

“Adakah kerajaan tidak memahami kesan kenaikan SST (Cukai Jualan dan Perkhidmatan) terhadap keseluruhan rantaian bekalan, akhirnya mengakibatkan hampir semua barangan meningkat harganya, dengan kesannya ditanggung oleh rakyat biasa?”

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img