spot_img
spot_img

Penasihat PM – Orang lama dan berpengalaman luas

spot_img

KUALA LUMPUR: Kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Penasihat Dasar kepada Perdana Menteri (PMAC – Policy Advisory Committee to the Prime Minister) untuk memberi nasihat mengenai pembangunan negara dan daya tahan ekonomi.

Pejabat Perdana Menteri (PMO – Prime Minister Office) berkata bekas presiden dan ketua pegawai eksekutif Petronas Tan Sri Mohd Hassan Marican akan mempengerusikan jawatankuasa itu.

“Penubuhan jawatankuasa ini susulan tamat tempoh Jawatankuasa Penasihat Menteri Kewangan (Acfin – Advisory Committee to the Minister of Finance) pada Februari 2024, yang turut dipengerusikan oleh Tan Sri Mohd Hassan Marican.

- Advertisement -

“Cadangan yang dikemukakan oleh Acfin telah dipertimbangkan dengan sewajarnya, dan sebahagian daripadanya sedang dalam proses pelaksanaan.”

PMO berkata jawatankuasa yang dilantik ini tidak akan menerima sebarang bayaran daripada kerajaan.

Anggota lain badan itu termasuk pengerusi eksekutif FVSB Datuk Ahmad Fuad Md Ali, Profesor Ekonomi Universiti Sunway Dr Yeah Kim Leng dan ahli ekonomi Dr Nungsari Ahmad Radhi.

- Advertisement -

 

 

Sumber dan foto : Pejabat Perdana Menteri dan NST

What’s your Reaction?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img