spot_img
spot_img

Belia Sabah perlu lengkapkan diri dengan TVET

spot_img

KOTA KINABALU, 20 April — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu lebih ramai golongan muda di Sabah didedahkan dengan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET – Technical and Vocational Education and Training) bagi memenuhi permintaan tenaga mahir daripada pelabur asing atau domestik di negara ini.

Ahmad zahid yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, baru-baru ini beliau ditawarkan oleh China untuk menghantar 2,000 pelajar Malaysia mengikuti program TVET dengan biasiswa penuh di negara ini dan oleh itu mahu memastikan 500 tempat diisi oleh belia Sabah.

“Jaminan saya generasi muda Sabah juga akan ditawarkan pendidikan TVET…ini juga untuk memastikan anak muda di Sabah dilatih dan diberi pekerjaan berasaskan teknologi tinggi,” katanya ketika berucap pada Hari Raya Umno Bahagian Putatan, Sambutan Raya Aidilfitri di sini malam tadi .

- Advertisement -

Turut hadir Setiausaha Umno Sabah Datuk Jafry Ariffin dan Ketua Umno Bahagian Putatan Jeffrey Nor Mohamed.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid yang juga presiden Umno berkata Sabah menerima pelaburan RM11.34 bilion tahun lepas dan sekali gus potensi pelaburan yang besar itu perlu diterjemahkan kepada pembangunan ekonomi untuk rakyat di negeri itu terutama pembukaan lebih banyak peluang pekerjaan.

“Pelaburan ini datang kerana potensi besar untuk Sabah, mengenai pelaburan domestik, pelaburan asing bermakna terdapat keyakinan daripada pelabur domestik dan asing di Sabah, (maka) rakyat akan diberikan peluang pekerjaan. Jadi anak muda mesti dilengkapi dengan ilmu TVET,” katanya.

- Advertisement -

Beliau berkata Giatmara merupakan institusi TVET yang diamanahkan untuk melaksanakan agenda meningkatkan kemahiran generasi muda dan setakat ini terdapat 1,345 institut seumpama itu di negara ini.

 

 

Sumber — Bernama

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img