spot_img
spot_img

Tabung Wakaf MARA Madani akan bantu perniagaan bumiputera untuk berkembang

spot_img

PETALING JAYA: Peruntukan RM1 bilion bagi Tabung Wakaf Mara Madani dilihat mampu menjadikan syarikat atau usahawan kecil bumiputera yang baru ditubuhkan lebih berdaya saing seterusnya meluaskan perniagaan mereka.

Pensyarah Kanan Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM), Profesor Madya Dr. Abu Sofian Yaacob berkata, kerjasama dengan sektor korporat besar diperlukan untukĀ  memperkasakan usahawan kecil.

Menurutnya, kerjasama berkenaan dapat mendorong syarikat bumiputera yang baru ditubuhkan didedahkan kepada pengenalan dalam penggunaan pendigitalan dan inovasi tinggi.

- Advertisement -

ā€œMaka dengan ada manfaat daripada peruntukan tersebut, tidak akan menjadi kekangan bagi mereka (syarikat bumiputera baharu) untuk lebih berdaya saing walaupun masih merupakan syarikat kecil.

ā€œPeranan kerjasama korporat sebagai mentor bagi usahawan baharu ini memberi impak yang sangat penting kerana mereka dilihat amat memerlukan latihan dan bimbingan, namun dalam masa sama juga bimbang dengan kos tinggi jika mereka memerlukan mentor,ā€ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, kerajaan bakal mewujudkan tabung tersebut dengan sasaran dana berjumlah RM1 bilion dalam tempoh dua tahun yang akan diterajui Majlis Amanah Rakyat (Mara).

- Advertisement -

Menurut laporan itu,Tabung Wakaf Mara Madani bakal dilaksanakan oleh Yayasan Pelajaran Mara dan dijangka dapat memberi manfaat kepada 70.1 peratus bumiputera.

Sehubungan itu, Abu Sofian berkata, peruntukan tersebut juga boleh digunakan bagi pembiayaan untuk bagi perniagaan bumiputera yang masih baru atau bakal usahawan.

ā€œIni bertujuan membolehkan perniagaan bumiputera dapat mengembangkan perniagaan mereka dengan tempoh yang ā€˜singkat.ā€™

ā€œKaedah pembiayaan perniagaan tersebut juga boleh digunakan melalui pinjaman daripada dana RM1 bilion tersebut, iaitu dalam masa yang sama pulangan balik dapat dikembalikan semula kepada peruntukan berkenaan bagi kegunaan usahawan baharu lain.

ā€œCara ini dapat mewujudkan situasi menang-menang di mana memberi manfaat kepada peminjam (usahawan atau syarikat) dan jumlah peruntukan masih mencukupi untuk membantu bumiputera lain,ā€ jelasnya.

Dalam pada itu, beliauĀ  berkata,Ā  dengan adanya dana mencukupi itu, sektor korporat juga disaran memberikan bimbingan kepada bakal-bakal usahawan baharu, misalnyaĀ  graduan kursus perniagaan.

Tambahnya, dengan ini negara dapat melahirkan usahawan muda bumiputera yang produktif dan mampu berdaya saing, malah graduan berkenaan juga berpeluang mendapat pekerjaan yang boleh menjana pendapatan mereka.

Whatā€™s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img