spot_img
spot_img

Samsung pengeluar No.1 dunia telefon pintar

spot_img

NEW YORK, 15 April — Penjualan telefon pintar Apple merosot kira-kira 10 peratus pada suku pertama 2024, terjejas akibat persaingan yang semakin sengit oleh pembuat telefon pintar Android yang menajdi pilihan teratas pengguna telefon dunia, data daripada firma penyelidikan IDC menunjukkan.

Penghantaran telefon pintar global meningkat 7.8 peratus kepada 289.4 juta unit sepanjang Januari-Mac, dengan Samsung, pada 20.8 peratus menguasai bahagian pasaran, meraih tempat pembuat telefon teratas daripada Apple.

Penurunan jualan mendadak pengeluar iPhone itu berlaku selepas prestasi kukuhnya pada suku Disember apabila ia mengatasi Samsung sebagai pembuat telefon No.1 dunia. Ia kembali ke tempat kedua, dengan 17.3 peratus bahagian pasaran, kerana jenama China seperti Huawei memperoleh bahagian dalam pasaran.

- Advertisement -

Xiaomi, salah satu pengeluar telefon pintar terkemuka China, menduduki kedudukan ketiga dengan penguasaan pasaran sebanyak 14.1 peratus pada suku pertama.

Samsung Korea Selatan, yang melancarkan barisan telefon pintar terbaharunya — siri Galaxy S24 — pada awal tahun, mengeluarkan lebih 60 juta telefon dalam tempoh tersebut.

Jualan global telefon pintar Galaxy S24 melonjak 8 peratus, berbanding siri Galaxy S23 tahun lepas semasa ketersediaan tiga minggu pertama mereka, menurut penyedia data Counterpoint.

- Advertisement -

Pada suku pertama, Apple mengeluarkan 50.1 juta iPhone, turun daripada 55.4 juta unit yang dikeluarkan tempoh yang sama tahun lepas, menurut IDC.

Pengeluaran telefon pintar Apple di China menyusut 2.1 peratus pada suku akhir 2023 berbanding setahun sebelumnya.

Penurunan itu menekankan cabaran yang dihadapi firma AS dalam pasaran ketiga terbesarnya, kerana beberapa syarikat China dan agensi kerajaan mengehadkan penggunaan peranti Apple oleh pekerja, satu tindak balas terhadap sekatan kerajaan AS ke atas aplikasi China kononnya atas alasan keselamatan.

Syarikat Apple yang berpangkalan di Cupertino, California pada bulan Jun ini akan mengadakan Persidangan Pembangun Seluruh Dunia (WWDC – Worldwide Developers Conference), di mana ia akan menyerlahkan kemas kini perisian iPhone, iPad dan peranti Apple yang lain.

Pelabur memerhati dengan teliti untuk kemas kini mengenai pembangunan kecerdasan buatan di Apple, yang setakat ini tidak banyak bercakap tentang memasukkan teknologi AI ke dalam perantinya. Syarikat itu awal tahun ini kehilangan ‘mahkota’ sebagai syarikat paling berharga di dunia kepada Microsoft.

 

 

Sumber — Reuters

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img