London Escorts sunderland escorts www.asyabahis.org www.dumanbet.live www.pinbahiscasino.com sekabet.net www.olabahisgir.com maltcasino.net faffbet-giris.com www.asyabahisgo1.com www.dumanbetyenigiris.com www.pinbahisgo1.com sekabet-giris2.com www.olabahisgo.com www.maltcasino-giris.com www.faffbet.net betforward1.org betforward.mobi 1xbet-adres.com 1xbet4iran.com romabet1.com www.yasbet2.net 1xirani.com www.romabet.top 3btforward1.com 1xbet https://1xbet-farsi4.com سایت شرط بندی معتبر betforward
spot_img
spot_img

Gaza sudah tidak sesuai didiami manusia

spot_img

GAZA, 5 April — Kumpulan bantuan antarabangsa utama mengeluarkan amaran semalam bahawa kini hampir mustahil untuk bekerja di Gaza,dan menuduh negara-negara yang membekalkan senjata kepada Israel adalah bersubahat dalam pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestine.

Isabelle Defourny, presiden NGO Doctors Without Boarders, mendakwa berlakunya pembunuhan beramai-ramai ketika 13 kumpulan misi kemanusiaan utama mengecam Israel kerana menyekat bantuan masuk ke Semenanjung Gaza.

Pembunuhan tujuh pekerja bantuan dari World Central Kitchen (WCK) yang berpangkalan di AS oleh serangan udara Israel pada Isnin lalu telah mencetuskan bantahan seluruh dunia.

- Advertisement -

Presiden AS Joe Biden berkata beliau “marah dan sangat sedih” dengan serangan itu.

(Salah satu kenderaan dari 3 kenderaan NGO kemanusiaan WCK yang sengaja disasarkan oleh rejim Zionis. 7 terbunuh termasuk rakyat negara Barat dan Palestine yang terlibat dalam misi WCK)

- Advertisement -

Defourny, presiden MSF France, berkata Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan negara-negara lain “secara moral dan politik bersubahat dengan dengan pembunuhan beramai-ramai” melalui memberikan sokongan ketenteraan kepada Israel.

Kumpulan bantuan itu juga menuntut Israel membatalkan rancangannya untuk melancarkan serangan darat ke atas Rafah di selatan Gaza, di mana lebih satu juta orang awam berlindung.

Pencerobohan paling dahsyat Zionis ini berlaku sejak berlakunya serangan pejuang kemerdekaan Hamas pada 7 Oktober 2023 yang mengakibatkan kematian kira-kira 1,170 warga Israel dan warga asing, kebanyakannya orang awam, menurut sumber AFP yang diambil dari pihak berkuasa rejim Zionis Israel.

Kempen balas dendam Zionis Israel, yang bertujuan kononnya untuk memusnahkan Hamas, telah membunuh sekurang-kurangnya 33,037 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, menurut kementerian kesihatan Gaza.

Walaupun WCK telah menggantung operasinya di Gaza, tiada satu pun daripada 13 kumpulan kemanusiaan termasuk Oxfam dan Save the Children menyatakan mereka akan menarik diridari meneruskan misi kemanusiaan di Gaza.

Defourny, yang berkata MSF telah kehilangan lima daripada 300 kakitangannya di Gaza, berkata pembunuhan tujuh pekerja WCK itu tidak mengejutkan.

Beliau berkata “tiada lagi perlindungan untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan” (di Gaza).

“Kerana sejak enam bulan lalu kita telah menyaksikan pilihan sengaja yang dibuat Israel dalam melancarkan perang ke atas seluruh penduduk, penduduk yang terperangkap, kekurangan makanan dan dibom secara besar-besaran.

“Gaza semakin menjadi tidak sesuai untuk kehidupan manusia,” tambahnya, ia “telah melepasi tahap kengerian mutlak”.

Defourny berkata Mahkamah Keadilan Antarabangsa mengarahkan “langkah untuk mencegah pembunuhan beramai-ramai” pada Januari lalu dan sekali lagi minggu lalu.

Tetapi “Israel setakat ini telah melakukan sebaliknya, terus menyekat bantuan kemanusiaan dan memusnahkan infrastruktur awam yang penting seperti yang digambarkan oleh serangan ke atas WCK dan kemusnahan hospital Al-Shifa”, tambahnya.

(Kemusnahan yang amat dahsyat kepada hospital di Gaza. Undang-undang antarabangsa mengharamkan serangan ke atas hospital, tetapi Zionis Israel ‘terlalu kebal’ untuk dikenakan tindakan undang-undang untuk jenayah perang itu)

Zionis Israel telah menolak dengan keras tuduhan mereka menyekat bantuan, sebaliknya mendakwa bahawa kumpulan kemanusiaan telah gagal mengagihkannya.

Di Gaza yang menjadi medan pembunuhan dan perang, di mana kawasan yang luas telah musnah menjadi runtuhan, 2.4 juta rakyat Palestin telah diserang selama enam bulan tanpa henti mengakibatkan kekurangan makanan, air, bahan api dan bekalan asas yang lain.

Selepas keputusan ICJ pada Januari lalu, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata tuduhan terhadap Israel “bukan sahaja palsu, malah kononnya ia keterlaluan, dan orang yang baik di mana-mana harus menolaknya”.

‘Perang bertujuan membunuh orang awam’

Badan amal Oxfam berkata bahawa penduduk di utara Gaza yang kelaparan terpaksa bertahan dengan purata 245 kalori sehari — kurang daripada setin kacang, dan sebahagian kecil daripada purata pengambilan 2,100 kalori harian yang disyorkan setiap orang.

Scott Paul dari Oxfam berkata hampir separuh daripada penduduk di utara Gaza sebenarnya “hidup dengan lebih sedikit dari kalori sebenar”.

Dia berkata lagi, kebuluran sebenarnya telah berlaku, bukannya ‘akan berlaku’.

Badan amal itu menggesa gencatan senjata segera, mengatakan Israel dan negara yang membekalkannya dengan senjata “mempunyai kewajipan (dalam undang-undang antarabangsa) untuk melindungi penduduk daripada jenayah kekejaman”.

Doktor Tanya Haj-Hassan, seorang doktor penjagaan rapi kanak-kanak dari Amerika Syarikat, yang telah bekerja di hospital Gaza, berkata “semua orang menjadi sasaran” di Gaza.

“Bukti di lapangan tidak menunjukkan bahawa ini adalah perang terhadap Hamas, tetapi perang terhadap orang awam.

“Apabila anda berada di dewan bedah, anda tidak melihat Hamas, anda melihat seluruh keluarga dibunuh secara sistematik.

“Saya melihat (dalam bilik bedah) penembak tepat menembak kanak-kanak di kepala dan orang tua.”

Dia berkata dia melihat “corak konsisten menyasarkan kumpulan tertentu (oleh pasukan tentera Zionis Israel) iaitu sasar kepada pekerja penjagaan kesihatan, wartawan dan pekerja bantuan kemanusiaan.”

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img