spot_img
spot_img

Usaha kerajaan tambah pendapatan, kurangkan subsidi wajar diteruskan

spot_img

KUALA LUMPUR: Kerajaan harus meneruskan langkah pembaharuan untuk meningkatkan pendapatan dan mengurangkan subsidi meskipun tekanan politik, demikian menurut penganalisis.

TA Securities berkata, mencapai sasaran defisit fiskal sebanyak 4.3 peratus bagi 2024 berbanding 5.0 peratus pada 2023 akan memberikan sedikit keyakinan terhadap keupayaan kerajaan mengurangkan defisit dan hutang.

Ia berkata, Akta Tanggungjawab Fiskal menyatakan untuk mencapai sasaran defisit fiskal tiga peratus antara 2026 dan 2028.

- Advertisement -

“Kami tidak menjangkakan bahawa pelaksanaan cukai mewah dan rasionalisasi subsidi bersasar, terutamanya subsidi bahan api dari separuh kedua 2024 akan memberi kesan negatif yang ketara ke atas penggunaan atau sentimen perniagaan,” katanya dalam satu nota penyelidikan.

TA Securities juga menjangkakan kenaikan harga bahan api di pam akan berlaku secara beransur-ansur.

Ia berkata, kemungkinan sasaran penjimatan tahunan sekitar RM10 bilion dengan anggaran peningkatan 40 sen seliter untuk RON95, berdasarkan indikatif pengurangan RM11.4 bilion subsidi kepada RM52.8 dalam Belanjawan 2024.

- Advertisement -

Firma penyelidikan pasaran itu berkata, kumpulan B40 dan pada tahap tertentu, jalur bawah M40 (M1 dan M2) harus menerima bantuan tunai daripada kerajaan untuk meneutralkan kesan negatif.

Ia berkata, bagi kumpulan pendapatan lebih tinggi yang terjejas, mungkin terdapat beberapa perubahan dalam tabiat penggunaan pada tempoh awal.

Namun, jelasnya, ia berkemungkinan tidak kekal kerana kumpulan pendapatan itu menyedari kesan ke atas kuasa beli mereka adalah kecil berikutan ekonomi yang semakin berkembang dan pasaran pekerjaan yang kukuh yang memberikan pertumbuhan pendapatan yang lebih tinggi.

“Contohnya, menterjemahkan kenaikan 40 sen sebagai 20 peratus berdasarkan harga semasa RON95 pada RM2.05 seliter, purata pengguna yang membelanjakan RM300 sebulan untuk petrol akan menyaksikan peningkatan sebanyak RM60 sebulan dalam bil bulanan mereka,” katanya.

TA Securities berkata, berikutan kenaikan harga susulan pelaksanaan subsidi bersasar itu, adalah penting bagi kerajaan untuk memberi tumpuan kepada pemantauan dan penguatkuasaan peraturan yang berkesan.

Katanya, ia bagi mengelakkan perniagaan dan individu yang tidak beretika daripada mengeksploitasi keadaan dengan menaikkan harga barangan dan perkhidmatan mereka secara tidak adil.

Dalam pada itu, TA Securities berkata usaha pengukuhan fiskal akan disokong oleh kesan limpahan daripada pelbagai projek infrastruktur berskala besar dan beberapa pelan jangka panjang ekonomi yang dilancarkan tahun lalu seperti Hala Tuju Industri Kimia 2030 (CIR2030), Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030), Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan lain-lain.

“Pelaksanaan pelan ini tepat pada masanya dalam merangsang pelaburan langsung asing (FDI), aktiviti ekonomi dan eksport, selain diterima secara positif oleh pelabur,” katanya.

 

 

Sumber : Berita Harian

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img