Free Porn
xbporn

buy twitter followers
uk escorts escort
liverpool escort
buy instagram followers
Galabetslotsitesi
Galabetsondomain
vipparksitesigiris
vipparkcasinositesi
vipparkresmi
vipparkresmisite
vipparkgirhemen
Betjolly
spot_img
spot_img

Skandal Spanco : Tan Sri Robert Tan Hua Choo dituduh tipu kerajaan RM3.6bilion nilai projek

spot_img

KUALA LUMPUR (3 April): Tan Sri Robert Tan Hua Choon hari ini dituduh di mahkamah kerana menipu Kementerian Kewangan berhubung kontrak membekal dan menyelenggara armada kenderaan kerajaan yang bernilai RM3.6 bilion.

Tan, 83, didakwa menipu unit kerjasama swasta dan awam kementerian antara 27 dan 28 Feb 2019, kerana salah nyata bahawa Spanco Sdn Bhd mempunyai 30% kepentingan bumiputera dalam proses tender, menyebabkan syarikat itu memperoleh kontrak.

Jika sabit kesalahan, pertuduhan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman mandatori penjara setahun dan denda.

- Advertisement -

Beliau diwakili oleh Datuk Wan Azmir Wan Majid dan Amin Othman, walaupun Wan Azmir menyatakan bahawa peguam utama ialah Datuk Hisyam Teh Poh Teik. Timbalan Pendakwa Raya Mahadi Jumaat mengetuai pendakwaan.

Berikut apa yang kita tahu mengenai kes itu, setakat ini:

Apakah Spanco?

- Advertisement -

Spanco ialah penyedia penyelesaian pengurusan kenderaan konsesi bebas terbesar di negara ini, yang ditubuhkan pada 1988.

Pada 1993, Spanco diberi perjanjian konsesi selama 25 tahun dengan kerajaan, yang membenarkan syarikat itu menyediakan dan memajak kereta dengan perkhidmatan penyelenggaraan penuh untuk kerajaan.

Tahun 2019 Berjaya & Naza berjaya singkirkan Spanco tender membekal dan mengurus fleet kenderaan kerajaan Malaysia. Namun Perdana Menteri pada ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin membatalkan kontrak dan Berjaya & Naza dan menukar untuk pilih Spanco.

Susulan itu, Suruhanjaya Siasatan Pencegahan Rasuah (SPRM) menyerbu kediaman Tan Sri Datuk Robert Tan Hua Choon bagi siasatan berhubung dakwaan rasuah perolehan membekal dan mengurus fleet kenderaan kerajaan Malaysia bernilai RM4.5 billion.

Turut diserbu empat syarikat termasuk salah satu daripadanya merupakan syarikat Spanco Sdn Bhd pembekal kenderaan kerajaan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki dan pengarah siasatan, Hishamuddin Hashim mengesahkan serbuan itu.

Dilaporkan lebih 100 akaun persendirian dan syarikat yang di bawah kawalannya diperolehi SPRM bagi semakan lanjut. Tiada pembekuan akaun dibuat setakat ini.

Berjaya Group dan Naza Sdn Bhd sebelumnya diumumkan memenangi tender dengan harga lebih kompetitif seterusnya dipilih sebagai konsesi baharu dan menerima surat hasrat (LOI) pada tahun 2019.

Bagaimanapun selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri dalam tempoh 3 bulan LOI itu ditamatkan pada 2020 dan tender dianugerahkan kepada Spanco.

Pada Julai tahun lepas, pengasas Berjaya, Tan Sri Vincent Tan memfailkan saman terhadap Kementerian Kewangan dan Spanco berhubung LOI yang ditamatkan.

Tan mendakwa kontrak tersebut dianugerahkan kepada Spanco walaupun harga yang ditawarkan syarikat itu lebih tinggi RM700 juta.

Vincent Tan mendesak SPRM segera melakukan siasatan.

Siasatan kes ini senyap dan hanya kembali meletup selepas Tun Daim dan keluarga dipanggil SPRM baru-baru sehingga penyitaan Menara ILHAM ini turut menyiasat bekas menteri kewangan Daim Zainuddin dan keluarganya, serta Mirzan Mahathir – anak bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

DIkatakan bahawa Tan Sri Robert Tan Hua Choon merupakan teman rapat Tun Daim Zainuddin dalam SPANCO ketika Daim sebagai Menteri Kewangan.

Lembaga Pengarah SPANCO ialah Tun Raus Sharif selaku Pengerusi, Tan Sri Robert Tan Hua Choon Pengarah Urusan, Dato’ Sri Tan Han Chuan dan Dato Azman Hj Idris selaku CEO Spanco.

Spanco mencatatkan keuntungan selepas cukai sebanyak RM34.9 juta atas atas hasil RM417.6 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Dis 2022.

Pemegang saham Spanco ialah Jati Rata Sdn Bhd, Minhat bin Mion, Tan Sri Robert Tan Hua Choon, Datuk Seri Tan Han Chuan, dan Datin Tan Ching Ching.

Tan Sri Robert Tan Hua Choon merupakan taikun dan korporat terkenal mengawal lebih 100 syarikat senarai awam di negara ini. Antara syarikat terkenal miliknya ialah JASA KITA BERHAD, JKG LAND BERHAD dan MARCO HOLDINGS BERHAD.

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img