spot_img
spot_img

Subsidi bersasar untuk elak orang kaya & warga asing nikmati subsidi untuk 85% rakyat

spot_img

PERLIS (April 2): Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata langkah kerajaan melaksanakan subsidi bersasar bertujuan memastikan faedah benar-benar dinikmati oleh 80 hingga 85% penduduk.

Beliau berkata langkah itu juga bertujuan menghalang golongan kaya dan dianggarkan 3.5 juta warga asing di negara ini daripada mendapat manfaat daripada subsidi.

“Kita beri subsidi petrol dan siapa untung sekarang? Ya, rakyat Malaysia… 3.5 juta atau hampir empat juta warga asing pun dapat subsidi petrol sebab kita bagi subsidi kepada semua.

- Advertisement -

“Rakyat terkaya di negara kita juga mendapat subsidi petrol, jadi kita perlu mencari jalan untuk menggunakan apa yang dipanggil subsidi sasar supaya faedah subsidi itu dikembalikan terus kepada 80 hingga 85% penduduk,” katanya dalam ucapan pada majlis berbuka puasa Madani peringkat Perlis di Felda Chuping di sini semalam.

Katanya, langkah sama sedang dilaksanakan kerajaan membabitkan tarif elektrik, di mana kenaikan tarif hanya memberi kesan kepada 15% rakyat yang berpendapatan tinggi.

Selain itu, perdana menteri berkata kenaikan tarif elektrik juga hanya memberi kesan kepada syarikat dan kilang, manakala majoriti penduduk tidak terjejas.

- Advertisement -

Anwar berkata, bagi diesel, penyasaran subsidi bertujuan menghentikan ketirisan dan penyeludupan yang berlaku sejak sekian lama dan menyebabkan kerugian berpuluh bilion setiap tahun.

Anwar berkata kerajaan sedia mendengar pandangan dan kritikan berhubung penyasaran subsidi dan menekankan kepentingan meningkatkan hasil negara.

Turut hadir Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli dan Pengerusi Felda Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

 

Foto : Suara Merdeka

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img