spot_img
spot_img

Pengerusi Baru MARA Corp diumum

spot_img

KUALA LUMPUR, 1 April 2024 – Majlis Amanah Rakyat mengumumkan Mohamad Rafi Shahzada dilantik sebagai Pengerusi baharu subsidiari MARA iaitu MARA Corporation Sdn Bhd berkuatkuasa pada 27 Mac 2024.

Pelantikan Mohamad Rafi adalah bagi menggantikan Tan Sri Hamad Kama Piah yang memegang jawatan tersebut sebelum ini.

“Pelantikan Pengerusi MARA Corporation yang baharu adalah memastikan potensi dan prestasi syarikat dapat dikembangkan dan dipertingkatkan.

- Advertisement -

Saya memberi harapan kepada beliau atas kapasiti pengalamannya yang luas dalam dunia korporat supaya memastikan pemilikan, penyertaan dan penguasaan agenda Bumiputera dapat diperkasakan sepenuhnya.” kata Pengerusi MARA Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Dr. Asyraf turut merakamkan penghargaan kepada Tan Sri Hamad Kama Piah, mantan Pengerusi MARA Corp atas perkhidmatan beliau bermula Julai 2023 sehingga Mac 2024 yang tidak dinafikan banyak memberikan sumbangan dan manfaat kepada subsidiari MARA.

Mohamad Rafi, 57, memiliki kelayakan profesional perakaunan daripada London School Of Accounting & Emile Wolfe, United Kingdom. Beliau juga adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana dalam Accounting and Finance daripada University of Wales, 1991.

- Advertisement -

Mula menceburi kerjayanya pada tahun 1986 di Bank Of America, Kuala Lumpur. Kemahiran dan kepakaran beliau mula berkembang dalam pelbagai perihal seperti perbankan, perakaunan, pengurusan syarikat, minyak dan gas petrokimia, insurans, audit, dan Hal Ehwal Kawal Selia Korporat.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengurus Linco Limited Trading, London sebelum dilantik sebagai Naib Presiden Bank Of Credit And Commerce International (BCCI), United Kingdom.

Perjalanan kerjaya Mohamad Rafi ini terus mengorak langkah lebih jauh apabila dilantik sebagai Ketua Pegawai Kewangan di Nittoku (M) Sdn Bhd. Antara tahun 1999 hingga 2004, beliau juga memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif di Absolute Heritage (M) Group of Companies.

Bermula tahun 2010, beliau berhijrah ke Shanghai China untuk bekerja di bawah subsidiari Saudi Aramco, Sabic-Saudi Arabia Basic Industries Corporation. Beliau kembali ke tanah air empat tahun kemudian menerusi Returning Expert Programme kelolaan Talent Corp.

Antara tahun 2016 hingga 2020, beliau mula bekerja dalam Malaysia Development Bank Limited, bagi hal ehwal Audit and Risk Management Committee. Pada masa yang sama, Mohamad Rafi dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah, Global Marine Venture Limited and Pembangunan Leasing Berhad. Beliau juga menjadi figura yang bertanggungjawab dalam Lembaga Pengarah bagi Bank Rakyat pada tahun 2021 sehingga 2022.

Mohamad Rafi kini diberikan amanah sepenuhnya sebagai Pengerusi baharu MARA Corp untuk berganding bahu bersama ahli pengurusan tertinggi MARA dalam memastikan agenda pemerkasaan Bumiputera dapat dicapai.

Beliau perlu memandu arah dan memastikan 12 subsidiari MARA Corporation yang merangkumi segmen pendidikan, pengangkutan, perkhidmatan, pelaburan, hartanah, aeroangkasa, dan pembangunan latihan dapat mencapai prestasi terbaik.

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img