spot_img
spot_img

AZRB dianugerah projek naik taraf istana Pahang RM315.90 juta

spot_img

KUALA LUMPUR, 1 April — Anak syarikat milik penuh Ahmad Zaki Resources Bhd (AZRB) Ahmad Zaki Sdn Bhd (AZSB) telah menerima surat penerimaan (LA – letter of acceptance) daripada Jabatan Kerja Raya untuk projek “Kerja Naik Taraf dan Pengubahsuaian Istana Abu Bakar, Pahang” bernilai RM315.90 juta.

Kumpulan kejuruteraan dan pembinaan berkata tempoh kontrak adalah selama 30 bulan mulai 1 April 2024.

“Kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa depan AZRB.

- Advertisement -

“Barisan lembaga pengarah berpendapat bahawa kontrak itu adalah demi kepentingan terbaik syarikat,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

 

 

- Advertisement -

Sumber — Bernama

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img