spot_img
spot_img

HLB bersama HDC perkenal BizHalal bantu PKS

spot_img

PETALING JAYA: Hong Leong Islamic Bank (HLISB) memperkenalkan BizHalal, penyelesaian perbankan Islam bersepadu yang membantu perniagaan, terutama perusahan kecil dan sederhana (PKS), menceburi ekonomi halal.

Melalui BizHalal, HLISB menawarkan pembiayaan patuh syariah kepada perniagaan yang dilengkapi dengan nasihat dan bimbingan daripada pakar-pakar industri halal bank.

Tawaran inovatif dan holistik itu dilancarkan pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara HLISB dan Halal Development Corporation (HDC), secara rasmi melantik bank sebagai rakan kongsi HDC dalam mempromosikan dan membangunkan industri halal tempatan.

- Advertisement -

Ketua Pegawai Eksekutif HLISB, Dafinah Ahmed Hilmi berkata, industri halal telah dikenal pasti sebagai antara segmen pertumbuhan utama bagi HLISB sejak 2018,

Katanya, bank komited untuk merangsang sektor halal dengan memperjuangkan pertumbuhan PKS halal tempatan dan memberi jaminan ke arah pemberian pembiayaan halal melalui HDC.

“Kami melihat potensi yang besar dalam industri halal, dan kami telah menambah pakar halal ke dalam pasukan kami pada tahun 2023 dalam usaha mengukuhkan kepakaran kami.

- Advertisement -

“Malah, kami juga menye­dari bahawa permintaan pembiayaan semakin meningkat di kalangan pelanggan industri halal. Membangunkan BizHalal sebagai pakej nasihat dan pembiayaan yang inklusif adalah bukti komitmen kami untuk memupuk pertumbuhan dan kejayaan perniagaan, terutamanya PKS, dalam sektor halal,” katanya dalam kenyataan baru-baru ini.

Selaras dengan komitmen HLISB untuk berpusatkan keperluan pelanggan, BizHalal bukan sahaja menyediakan peluang pembiayaan, tetapi juga menawarkan sokongan khidmat nasihat halal yang direka khusus berasaskan keperluan pelanggan masing-masing.

“Kami harap agar program ini menjadi pemangkin dalam memupuk ekosistem halal berkembang maju dan boleh dimanfaatkan oleh perniagaan dan ekonomi negara”.

Menurut analisis HDC, permintaan dalam segmen halal global telah mencecah hampir AS$3 trilion pada 2020 menandakan kepentingan ekonomi halal dalam pasaran global.

Dengan industri halal Malaysia diunjurkan berkembang sehingga AS$3 trilion dan jangkaan sumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 8.1 peratus menjelang 2025 melalui Pelan Induk Industri Halal 2030 (HIMP 2030), ia juga menekankan keperluan untuk meningkatkan bekalan dan pelaburan ke dalam ruang halal domestik.

Pengerusi HDC, Khairul Azwan Harun, daripada 10,000 syarikat yang disahkan halal di Malaysia, hanya sekitar 2,000 adalah pihak pengeksport, dan PKS hanya menyumbang sekitar 10 peratus daripada jumlah nilai eksport halal.

“Terdapat jurang besar sebanyak 80 peratus antara permintaan dan penawaran dalam pasaran halal, yang membuktikan keperluan negara untuk menjalin kolaborasi dengan pemain industri utama seperti HLISB dan mewujudkan pemimpin halal tempatan yang akan menyuntik idea dan menceburi bidang baharu dalam ekosistem Halal.

“Kami juga komited untuk meningkatkan ekonomi dengan memanfaatkan penyelesaian digital seperti Halal Integrated Platform (HIP), platform digital komprehensif yang memastikan pemprosesan yang cekap dan lancar untuk memantau dan mengurus keseluruhan perjalanan permohonan halal, daripada tahap pendaftaran sehingga kelulusan,” katanya.

Selain itu, pelanggan yang telah menerima apa-apa jua kemudahan pembiayaan perniagaan bank secara automatik akan layak untuk BizHalal.

 

Sumber –UTUSAN

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img