spot_img
spot_img

Wan Saiful didakwa mahu tuntutannya dipersetujui untuk sokong PM

spot_img

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan sendiri mengaku lebih awal untuk menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Dr Zulkafperi Hanapi ketika sidang media di Parlimen hari ini berkata, malah Wan Saiful menetapkan enam tuntutan sebagai syarat untuk menyokong perdana menteri.

Sambil menafikan dakwaan beliau menerima beberapa tawaran, Zulkafperi berkata, Wan Saiful membuat pendedahan tersebut selepas mengaku didekati oleh individu dikenali sebagai Hasnan dan Datuk Azman.

- Advertisement -

“Kalau kita amati betul-betul semua tawaran ini adalah tawaran beliau sendiri atau apa yang beliau minta untuk menyokong perdana menteri.

Tawaran-tawaran yang dibuat ialah peruntukan sejumlah RM1.7 juta untuk kawasan, peruntukan projek sebanyak RM2 juta, bayaran untuk rawatan kemoterapi isteri Wan Saiful dan bayaran guaman untuk kes mahkamahnya.

Selain itu, dakwanya, ‘token’ untuk kegunaan peribadi dan menggugurkan kes mahkamahnya.

- Advertisement -

Beliau berkata demikian sebagai penjelasan terhadap usul yang dikemukakannya dalam Dewan Rakyat supaya Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Menurutnya, Wan Saiful membuat dakwaan dia dan Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim menjadi ejen pemujuk pada Khamis lalu berunsurkan fitnah dan cuba mengelirukan Dewan Rakyat.

“Kenyataan beliau di Parlimen sangkaan jahat, fitnah, mengelirukan dan memutar belit kenyataan sebenarnya serta menuduh saya tanpa bukti jelas dan saksi serta cuba mengheret saya dalam agenda peribadi beliau yang berniat jahat.

“Ia menyalahi Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat 36(6) dan 36(12). Saya dan Gua Musang gagal jadi ejen yang baik kepada beliau, maka beliau melaporkan pula kami yang memujuk beliau,” tambahnya.

Pada persidangan Dewan Rakyat Khamis lalu, Wan Saiful mendakwa dua Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) itu yang menjadi ‘ejen pemujuk’ supaya beliau menyokong Perdana Menteri.

 

Sumber : malaysiagazette

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img