spot_img
spot_img

Kalimah Allah di stokin : Kita mula lupa dan maafkan ?

spot_img

Apakah tindakan kepada penghina kalimah Allah di stokin yang dijual di pasaraya KK Mart ini ? Adakah orang Melayu sudah mula lupa ? Ingin maafkan seperti pemilik pasaraya Mydin ?

Penghinaan menerusi cetakan tulis pada stoking itu jelas memperlihatkan bahawa ada usaha daripada segelintir pihak yang cuba ‘mengejutkan’ orang Islam. Lebih-lebih lagi ia dijual dan diedarkan oleh syarikat tempatan. Tidak dengar pula syarikat antarabangsa yang tidak memahami resam agama tempatan melakukan ‘kesilapan’ bodoh ini.

Isu ini tidak boleh dipandang remeh dan hanya diselesaikan dengan permohonan maaf kerana ia bukan sahaja merosakkan perpaduan kaum, tetapi melukakan hati seluruh seluruh umat Islam.

- Advertisement -

Isu ini bukan pertama kali berlaku, malah sebelum ini sudah banyak siri penghinaan seperti ini terjadi sehingga masjid yang menjadi rumah ibadat orang Islam turut dikacau ganggu.

Jika diamati, keberanian sesetengah pihak ini terjadi kerana lemahnya penguatkuasaan undang-undang serta sikap orang kita yang mudah memaafkan dan melupakan perkara yang jelas menghina agama kita sendiri.

Sekiranya undang-undang diperketatkan seperti menjatuhkan hukuman gantung sampai mati atau melucutkan hak kerakyatan ke atas pesalah seperti ini, pastinya tidak akan ada yang berani menyentuh isu seperti 3R (agama, bangsa dan raja).

- Advertisement -

Permohonan maaf sahaja bukan jalan penyelesaian berkaitan isu terbabit kerana pengajaran perlu diingatkan kepada semua pihak untuk mengelak dari berulangnya pda masa hadapan.

Jangan kita menghina atau mengkritik pula orang kita yang lantang membela agama Islam. Jika tidak bersetuju akan caranya, lebih baik diam diri kerana yang memulakan isu ini lebih buruk tindakannya berbanding mereka yang cuba memberi peringatan.

Pemilik Mydin mahu UMNO tidak ‘serang’ KK Mart adalah sesuatu yang pelik

Yang di-Pertuan Agong. Sultan Ibrahim juga turut murka serta menzahirkan perasaan dukacita berhubung isu itu dan mahu tindakan tegas dikenakan pada mereka yang terlibat.

“Kalimah Allah itu dipandang sangat tinggi pada sanubari umat Islam, tambahan pula kita berada di bulan Ramadan. Tidak patutlah timbul perkara yang membangkitkan kemarahan.

“Saya baru sahaja menegur dan mengingatkan akan kepentingan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan menghormati antara satu sama lain dalam titah sulung saya di Parlimen, timbul pula perkara ini.

“Sama ada ia disengajakan ataupun tidak, sama ada ia diimport atau dikeluarkan di kilang tempatan, saya mahu penguat kuasa siasat dan ambil tindakan mengikut undang-undang yang ada supaya pisang tidak berbuah dua kali,” titah Seri Paduka Baginda.

Jangan lagi ada sikap ‘Melayu Mudah Lupa’, atau lama-lama ‘mereka lupa lah”, isu ini tidak boleh dipandang remeh lagi, kerana ia bukan sekali berlaku, malah sudah berkali-kali agama kita dihina dan ‘diletakkan di kaki”.

Bukan mahu jadi batu api, tetapi sekiranya kita terus berdiam dan menerima permohonan maaf, pasti perkara ini akan berulang dan kita akan terus ‘dipijak’ pada masa akan datang.

 

 

Pendapat editorial Berita Tular dan sumber penulisan AHMAD SHAHERMAN SHAMSURI yang disiarkan di Kosmo

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img