spot_img
spot_img

Pemilik Mydin mahu UMNO tidak ‘serang’ KK Mart adalah sesuatu yang pelik

spot_img

KUALA LUMPUR, 23 Mac — Kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) Datuk Ameer Ali Mydin terhadap isu ‘kalimah Allah di stokin’ adalah amat mengejutkan dan pelik pada rata-rata umat Islam di negara ini.

Pemilik pasaraya bumiputera itu yang suka akan kandungan popular bagi melariskan pasaranya, menggesa Ketua Pemuda Umno Dr Muhamad Akmal Saleh supaya berhenti memainkan isu stokin “Allah” untuk manfaat politik dirinya.

”Dia pun nak juga ‘tunggang’ isu ini. Sudahlah tidak membela, marah pula orang yang betul-betul mahu mereka yang bertanggungjawab dikenakan tindakan agar perkara itu tidak berulang dan pengajaran buat semua rakyat Malaysia”, kata Abdul Hamid, 54, dari Putrajaya.

- Advertisement -

Tuduhan kepada Ketua Pemuda UMNO Dr Akmal Saleh untuk mendapat manfaat politik dari isu itu adalah berat, apabila kritikan itu datangnya dari seorang yang beragama Islam seperti pemilik Mydin tersebut.

Dr Akmal telah berulang kali menyatakan bantahan kerasnya semata-mata untuk memberi pengajaran kepada pihak yang tidak bertanggungjawab supaya perkara itu tidak berulang.

Free Malaysia Today (FMT) melaporkan Ameer Ali berkata bahawa gesaan Akmal untuk memboikot secara terbuka KK Mart, walaupun rangkaian kedai serbaneka telah meminta maaf, akan menjejaskan keyakinan pelabur dan mata pencarian pekerja – majoritinya adalah Melayu Islam.

- Advertisement -

”Ameer Ali patut diam. Bukan mengkritik orang yang mempertahankan Islam. Kita sepatutnya sokong. Mana suara Amer Ali ini waktu Bak Kut Teh dijadikan makanan warisan negara ?”, kata aktivis masyarakat Johan Mainun, 29, yang sering membeli belah barang keperluan di Pasaraya Mydin.

“Sayang sekali sebagai seorang beragama Islam, dia mengkritik dan mempersoalkan tindakan pemimpin Islam yang mengecam dan membantah KK Mart, yang terang lagi bersuluh bersalah, supaya dijadikan pengajaran. Bagi saya, tidak lain tidak bukan dia pun ingin ‘menunggang’ akan populariti isu ini. Terapi malangnya dia kutuk saudara seagamanya sendiri, bukan orang yang memulakan kesalahan. Orang seperti inilah yang menyebabkan bangsa lain berani memperlekehkan agama Islam lagi di masa depan”, tambah Johan lagi.

Semalam semasa berlangsungnya mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT), parti politik tertua negara itu menyokong sepenuhnya Dr Akmal Salleh dalam isu stokin ‘kalimah Allah’ ini demi mempertahankan maruah dan kesucian agama Islam.

UMNO pertahan kenyataan keras Ketua Pemudanya demi kesucian Islam

Tuduhan presiden Persatuan Peruncit Bumiputera berusia 68 tahun itu bahawa Dr Akmal membuat isu itu sebagai batu loncatan karier politik adalah sangat berniat tidak baik.

”Dia tahu isi hati KP UMNO itu ? Apa kata jika saya yakin beliau jujur dan Mydin sebenarnya penakut dan ingin menjaga pembekal barangan pasarayanya yang banyak dari bangsa Cina ? Boleh saya tuduh begitu ?”, ujar aktivis masyarakat Noor Shamsuri Mizlan, 38.

Dr Akmal Salleh semasa majlis berbuka puasa Umno di PWTC semalam, meneruskan kecamannya terhadap KK Mart dengan menggesa supaya boikot terhadap rangkaian kedai serbaneka itu.

UMNO mahu mereka yang memperkecilkan kalimah “Allah,” dikenakan tindakan tegas segera seperti yang dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Stokin yang menyinggung perasaan umat Islam itu dilaporkan ditemui untuk dijual di cawangan KK Mart minggu lalu dan kemudian dikesan kepada pengedar di Batu Pahat, Johor oleh syarikat tempatan.

Sebagai tindak balas, KK Mart dan pengedar yang berpangkalan di Johor memohon maaf atas kejadian itu. Jualan stokin itu, yang berasal dari China, juga ditarik balik serta-merta.

Insiden itu telah menimbulkan kontroversi besar di Malaysia, dengan Sultan Ibrahim melahirkan rasa tidak senangnya terhadap perkara itu serta pelik kerana diedarkan oleh syarikat Malaysia. Baginda memerintahkan pihak berkuasa mesti bertindak tegas sebagai tindak balas dan tidak mahu ia berulang lagi.

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img