spot_img
spot_img

Labur dalam industri semikonduktor

spot_img

KUALA LUMPUR, 21 Mac ― Lebih banyak syarikat Malaysia harus mempertimbangkan untuk melabur dalam industri semikonduktor dan membuat lonjakan untuk meletakkan diri mereka di hadapan ekosistem semikonduktor global, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti) Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.

(Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz)

- Advertisement -

Ketika membuat gesaan itu, beliau berkata walaupun Malaysia kini merupakan pemain terkemuka dalam sektor semikonduktor global selama lebih 50 tahun, masih terdapat ruang untuk penambahbaikan.

Tengku Zafrul mahu meningkatkan nilai rantaian industri itu dengan lebih luas dan mahu penglibatan banyak lagi syarikat negara di dalam industri penting ini.

Beliau berkata Malaysia mempunyai kekuatan dalam kedua-dua ekonomi digital dan hijau. Walaupun syarikat Malaysia memainkan peranan besar dalam tenaga boleh diperbaharui, terdapat keperluan untuk penambahbaikan dalam ekonomi digital, iaitu di pusat data.

- Advertisement -

MITI akan memainkan peranan dalam menggalakkan lebih banyak syarikat Malaysia untuk melabur dalam sektor itu termasuk juga syarikat berkaitan kerajaan. Beliau berkata kepada pemberita selepas program Industrial Take Off Year 2024 anjuran Concorde Club di Wisma Bernama hari ini.

Beliau menegaskan bahawa Malaysia telah melihat aliran modal dan pelaburan yang menggalakkan hasil daripada ketegangan perdagangan antara dua kuasa besar, Amerika Syarikat dan China.

ia memberi peluang kepada pengeluar di Malaysia memanfaatkan krisis kuasa besar dunia itu untuk meningkatkan operasi dan memperluaskan jejak pasaran global kerana pengeluar saingan dari dua kuasa global menghadapi kekangan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img