spot_img
spot_img

Kalimah Allah : UMNO lantang isu perpaduan dan Islam

spot_img

Kuala Lumpur 19 Mac : Ketegasan pemuda UMNO bersuara tanpa henti dan konsisten berkenaan isu kalimah Allah di stokin yang dijual di pasaraya KK Mart sebenarnya tidak akan memberi tindak balas negatif kepada parti itu, tetapi ia membuktikan kepada orang Melayu bahawa UMNO masih melindungi kepentingan agama dan bangsa sejak dari dulu.

Walaupun rakan komponen di dalam kerajaan Madani diam seribu bahasa berkenaan isu ini, UMNO melalui sayap pemuda yang diketuai Dr Akmal Salleh terus lantang dalam soal menyentuh orang Melayu.

- Advertisement -

(Dr Akmal Salleh – DUN Merlimau dan Ketua Pemuda UMNO Malaysia)

Semalam menteri yang sering menimbulkan ‘suasana kurang harmoni’ dalam kalangan orang Melayu, Nga Kor Ming, Menteri KPKT dari DAP dan Menteri Pelancongan, Tiong King Sing telah mengingatkan Dr Akmal untuk tidak menambah ‘api’ dalam isu itu kerana permohonan maaf telah dibuat oleh pasaraya KK Mart.

- Advertisement -

Mereka mengingatkan Dr Akmal untuk tidak meraih populariti sendiri dan memberi amaran bahawa kelantangan itu akan memberi impak buruk kepda UMNO.

Namun ianya ternyata meleset apabila hari ini, Pemangku Sultan Johor TunKu Ismail sendiri mengeluarkan kenyataan supaya kerajaan segera menyiasat dan mengambil tindakan tegas kepada pihak yang tidak bertanggungjawab menyebabkan isu ini terjadi. Baginda mahu pengajaran diberikan kepada pihak yang terlibat supay tidak berulang.

Kalimah Allah : Pemangku Sultan Johor mahu tindakan diambil

Semalam, Menteri Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata polis sedang menjalankan siasatan terhadap semua pihak yang terlibat dalam mengeluarkan dan menjual stokin yang tertera kalimah Allah di pasaraya KK Mart.

Parti PKR, Amanah dan GPS tidak begitu menonjol di dalam isu sekolah jenis kebangsaan, penguasaan bahasa kebangsaan dan perpaduan antara kaum.

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img