Johor Bahru 19 Mac : Pemangku Sultan Johor Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Tunku Ibrahim buat pertama kali bertitah berkenaan isu Kalimah Allah yang dijual pada stokin di rangkaian kedai KK Mart yang panas ketika ini.
Baginda bertitah bahawa adalah Allah adalah kalimah suci yang sangat tinggi di hati umat Islam.
Baginda menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas mengenai isu berkenaan dan memastikan isu seperti ini tidak akan berulang lagi.
“Isu ini tidak boleh dipandang remeh. Saya memandang serius isu ini dan berharap perkara ini tidak mengganggu gugat keharmonian negara”, ujarnya.
Baginda Tunku Ismail seperti ayahandanya, Yang Dipertuan Agong Sultan Ibrahim, amat tegas berkenaan soal perpaduan kaum dan menggesa kerajaan baru-baru ini agar melaksanakan segera formula akan perpaduan kaum dari anak-anak kecil. Namun hingga ke hari ini, kerajaan Madani gagal menyambut titah Sultan Ibrahim.