spot_img
spot_img

Dubai penjara 5 tahun, denda RM2 juta hina kalimah Allah. Di Malaysia ?

spot_img

KUALA LUMPUR – Penghina kalimah Allah dikenakan hukuman yang berat di Dubai iaitu didenda hingga RM2 juta dan boleh dipenjara hingga lima tahun.

Jutawan dan ahli perniagaan, Irfan Khairi yang menetap di Dubai berkata, hukuman tegas dikenakan terhadap mereka yang menghina kalimah Allah sama ada secara sengaja atau tidak.

“Sehingga jika menghina agama di Facebook pun hukuman dikenakan. Dan beberapa kali juga ini berlaku sepanjang beberapa tahun ini saya di Dubai. Undang-undang di sini adalah sangat strict (tegas)!

- Advertisement -

“Pernah berlaku seorang pekerja jurutera mat salleh dari United Kingdom yang bekerja di projek sebuah masjid di sini sedang marah dan ‘ter” carut di kawasan masjid tersebut (tempat dia kerja).

“Tercarut di kawasan masjid pun, dia dipenjarakan!” katanya dalam satu perkongsian di media sosial.

Irfan berkata, beliau turut berasa marah dengan tindakan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) menjual stoking bercetak kalimah Allah.

- Advertisement -

Sifu dalam dunia perniagaan dan menjadi mentor dalam dunia perniagaan digital dan digelar pakar perniagaan internet itu mempersoalkan sama ada tindakan undang-undang akan diambil terhadap syarikat tersebut.

“Tapi bila KK Mart jual stoking kalimah Allah yang boleh diletakkan di kaki, agak-agak apakah tindakan yang akan dikenakan? Adakah siasatan akan berlaku?

“Teringat pula pernah viral lama dulu isu nama Allah di tapak selipar di luar negara. Nauzubillah (gambar),” kata beliau.

Irfan berkata, permohonan maaf sahaja tidak tidak cukup dalam isu berkenaan kerana jika ia dibiarkan lebih banyak penghina kalimah Allah akan muncul dan berbuat demikian.

Tambah beliau, seolah-olah menjadi trend di Malaysia iaitu pihak berkuasa hanya mengambil tindakan selepas isu tersebut tular di media sosial.

“Takkan surat ‘minta maaf sebab tak perasan’ pun dah cukup? Kalau macam tu ramai yang akan sengaja permainkan agama kita dan beri alasan.

“Oppsss, minta maaf. Kami tak perasan tadi. Nanti kami check apa pasal terjadi yer… sori… sori kemudian terlepas. Sebab apa? Sebab syarikat besar. Rakyat macam kita, buat kesalahan sikit akan diambil tindakan,” kata beliau.

KK Mart telah tampil memohon maaf susulan terdapat penjualan stoking berjenama MiranoSock yang tertera kalimah Allah SWT di beberapa premisnya.

Susulan tularnya penjualan stoking berkenaan, pelbagai pihak tampil mengecam kedai serbaneka itu termasuk wujud usaha untuk memboikot kedai rangkaian serbaneka.

 

Sumber – MalaysiaGazette

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img