spot_img
spot_img

Residensi Madani patut dibina di bandar komersial, bukan Putrajaya

spot_img

KUALA LUMPUR 17 Mac – Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata lebih 10,000 unit Residensi Madani dan Wilayah disasar dibangunkan di Putrajaya bermula tahun ini dan dijangka siap pada 2027.

(Dr Zaleha – Menteri Wilayah Persekutuan)

- Advertisement -

Residensi Madani adalah sejenis rumah mampu milik yang berharga RM300,000 dan ke bawah. Ia disasarkan untuk dimiliki oleh rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana yang tinggal serta bekerja di bandar.

Putrajaya adalah bandar kerajaan dan para penghuninya terdiri daripada kakitangan awam. 95% daripadanya terdiri oleh orang Melayu.

Cabaran sebenar golongan berpendapatan rendah dan sederhana adalah di bandar besar lain , di mana tempat mereka mencari nafkah. Bandar-bandar besar ini sudah tidak memiliki pola penduduk yang menggambarkan majmuknya kaum di Malaysia. Hanya satu kaum sahaja yang memonopoli bandar iaitu kaum Cina . Kaum Melayu berada di pinggir bandar dan hanya ke bandar untuk bekerja.

- Advertisement -

Sebagai contoh bandar-bandar di Lembah Klang seperti Puchong, Bangsar, Petaling Jaya, Damansara, dan banyak lagi perlu mempunyai ekuiti pemilikan hartanah diberikan peluang yang lebih banyak kepada orang-orang Melayu. Residensi Madani boleh menyelesaikan masalah orang Melayu di bandar untuk memiliki hartanah atau rumah. Orang Melayu harus dibantu kerajaan dalam soal ini kerana harga di bandar terlalu mahal untuk dimiliki.

Namun ia adalah kesungguhan politik dari kerajaan . Bukan mudah untuk ‘memujuk’ pihak pemaju untuk membina rumah murah di kawasan yang bernilai tinggi. Namun kerajaan harus mempunyai tanggungjawab sosial bagi mengubah pola penduduk kaum di bandar-bandar besar supaya dapat dinikmati oleh kaum Melayu.

Kementerian Wilayah harus peka kepada nasib orang Melayu di bandar . Tidak mengapa jika tidak mahu bekerja lebih untuk membuat Kampung Baru di Kuala Lumpur sebagai tapak warisan UNESCO, tetapi sekurang-kurangnya bawa pembinaan rumah mampu milik ke bandar-bandar komersial yang sebenar, bukan dengan cara mudah, iaitu dengan membinanya di bandar kerajaan.

10,000 unit rumah mampu milik itu yang akan dibina di Putrajaya, adalah lebih baik ditempatkan di bandar-bandar komersial seperti di atas.

Residensi Madani merupakan satu daripada inisiatif atau program memperkasa warga Wilayah Persekutuan yang telah dirangka sebagai pendekatan inklusif dalam menangani isu sosio ekonomi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img