spot_img
spot_img

Satu langkah lagi untuk TikTok dihalau dari AS

spot_img

Ketua Pegawai Eksekutif TikTok Shou Chew memberi kesedaran kepada pengguna A.S. pada hari Rabu baru-baru ini bahawa ahli-ahli politik Amerika Syarikat (A.S) yang bersungguh-sungguh ingin mengharamkan platform sosial media popular di negara itu, akan mengalihkan akaun TikTok masing-masing ke platform sosial media lain (milik Amerika Syarikat) dan mengaut “berbilion dolar daripada poket pencipt kandungan”.

(Shou Chew – CEO TikTok yang berasal dari Singapura)

- Advertisement -

Kenyataan itu disiarkan sebagai tindak balas hanya beberapa jam selepas Dewan A.S. meluluskan rang undang-undang yang secara berkesan akan mengharamkan TikTok di negara itu.

Rang undang-undang itu, yang dinamakan Protecting Americans from Foreign Adversary Controlled Applications Act (Akta Melindungi Orang Amerika daripada Aplikasi Kawalan Musuh Asing) masih perlu mendapatkan kelulusan Senat dan akhir sekali tandatangan dari Presiden Joe Biden.

Dewan meluluskan rang undang-undang 352-65, dengan kedua-dua Republikan dan Demokrat mengundi.

- Advertisement -

Chew merayu kepada pengguna TikTok untuk “melindungi hak mereka” sambil menambah bahawa sekurang-kurangnya 300,000 pekerjaan Amerika akan berisiko. Beliau mendakwa TikTok akan terus melakukan semua saluran yang boleh termasuk melalui hak undang-undang jika rang undang-undang itu benar-benar menjadi kenyataan.

Menurut sumber, pelobi-pelobi yang ingin mengharamkan TikTok selama ini kerana sosial media itu merupakan yang pertama memberikan gambaran tanpa tapisan akan keganasan yang berlaku di Palestin. Buat pertama kali dalam sejarah, TikTok membuka mata masyarakat dunia tentang kekejaman rejim Zionis terhadap rakyat Palestine.

Rang undang-undang itu mahu ‘menghalau’ TikTok keluar dari A.S kecuali applikasi itu dijual kepada firma milik Amerika Syarikat dalam masa enam bulan ini. Kini TikTok dimiliki oleh syarikat China, Byte Dance Ltd.

A.S mendakwa ByteDance adalah di bawah pengaruh kerajaan komunis China dan bimbang akan data rakyatnya dimiliki oleh musuh, iaitu China. Ini bermakna secara terangan A.S menganggap China sebagai musuh mereka.

TikTok mempunyai kira-kira 170 juta pengguna. Di atas kebimbangan data privasi, Chew berkata TikTok telah melabur untuk memastikan data pengguna selamat dan platform mereka bebas daripada manipulasi luar.

“Saya menggalakkan anda untuk terus berkongsi cerita anda, berkongsi dengan rakan anda, berkongsi dengan keluarga, berkongsi dengan senator, melindungi hak perlembagaan anda, membuat suara anda didengari,” Chee Shou mengakhiri kenyataannya dengan berkata “Sayang awak semua.”

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img