Kuala Lumpur : Apabila para menteri yang membuat dasar termasuk syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC – Government Link Companies) tidak mengarahkan dalam memberikan kerja serta projek kepada syarikat-syarikat Bumiputra, semua perkara berkenaan Kongress Ekonomi Bumiputera adalah tidak lebih sekadar satu ‘pertunjukkan kosong’ sahaja.
“Kita lihat banyak sejarah termasuk dari kerajaan-kerajaan sebelum ini, mereka yang ada kuasa melantik syarikat, lebih suka memberi kepada bukan Melayu”, kata Ahmad Lutfi Sulaiman, 54, yang merupakan pemilik syarikat Kejuruteraan Awam.
Menururnya walaupun projek-projek kerajaan itu diberi nama sempena projek ‘Bumiputera’ , tetapi menteri atau mereka yang ada decision maker’ lebih suka memberi kepada bukan Bumiputera.
“Kita akui kekuatan kewangan mereka sebelum projek dilaksanakan berbanding usahawan Bumiputera yang memerlukan penganugerahan projek bagi menerima dana. Tetapi jika sokongan awal tidak diberikan, sehingga bila pun sektor ekonomi akan dikuasai oleh kaum yang sama, sama ada di swasta atau sektor kerajaan. Jadi pihak yang mempunyai kuasa terutamanya orang Melayu harus ada semangat dan keyakinan dalam membantu kami”, ujar beliau lagi.
Baru-baru ini, timbul persoalan di kalangan usahawan Bumiputera di mana Petronas tidak melantik syarikat bumiputera bagi melaksanakan pemasangan sistem solar bernilai RM300 juta di 300 stesen minyak miliknya di seluruh negara.
(Gentari anak syarikat Petronas)
Presiden Dewan Perniagaan Bumiputera Felda Malaysia (DPBFM), Datuk Mokhtar Mohd. Ghazali berkata, keputusan Petronas yang melantik salah sebuah syarikat bukan bumiputera bertentangan dengan resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB’24).