spot_img
spot_img

9 tahun berjasa pada parti, kini tidak diperlukan lagi

spot_img

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Kelang, Datuk Abdul Rashid Asari mendakwa Bersatu Se­langor kini dikuasai ‘kumpulan kartel’ yang dipimpin oleh individu ‘baru sehari dua’ sertai parti tersebut.

Mendedahkan kepada Utusan Malaysia, Rashid berkata, ia antara punca mengapa beliau memberi sokongan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Ami­rudin Shari di Dewan Unda­ngan Negeri (DUN) walaupun masih ahli parti tersebut.

Rashid sebelum ini Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sela­ngor yang dipertanggungjawabkan mengenal pasti calon parti untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun lalu.

- Advertisement -

“Sebelum PRN tahun lalu, Presiden Bersatu (Tan Sri Muh­yiddin Yassin) meminta saya memberikan nama calon untuk bertanding mewakili parti kepada Jawatankuasa Pemilihan.

“Tetapi lebih daripada separuh nama Ketua Bahagian yang saya cadangkan itu dihumban keluar, kerana ada kartel mahu membawa orang masing-ma­sing sebagai calon Bersatu.

“Orang-orang yang menggantikan pula adalah calon ‘bidang terjun’ yang baru sehari dua sertai parti. Tetapi, pada PRN hanya menang majoriti puluh-puluh sahaja. Padahal jika Ketua Bahagian tanding boleh menang majoriti lebih besar,” katanya.

- Advertisement -

Mengulas lanjut, Rashid menolak dakwaan bahawa dirinya merajuk disebabkan jawatan­nya sebagai Ketua Badan Pimpinan Bersatu Selangor dilucutkan sebaliknya merasakan seperti sudah tidak diperlukan parti walaupun sembilan tahun membanting keringat me­nubuhkan Bersatu Selangor.

Sumber  – UTUSAN

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img