spot_img
spot_img

PN perlu mempunyai strategi yang seiring sesama parti komponen

spot_img

Shah Alam 2 Mac : Gabungan yang mendapat majoriti undi di semenanjung Malaysia pada Pilihanraya Umum Ke 15 (PRU) lalu ialah Perikatan Nasional (PN) yang terdiri daripada PAS, Bersatu, Gerakan dan beberapa parti kecil dari borneo.

Namun dalam konsep demokrasi berparlimen, undi popular tidak memberi kemenangan untuk menjadi kerajaan, tetapi bilangan kerusi parlimen.

PN melalui kekuatan dominan PAS hanya boleh menguasai kawasan Melayu terutamanya di negeri-negeri Melayu yang seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Kesemua negeri-negeri tersebut ditadbir oleh PAS.

- Advertisement -

PN dijangka akan terus gagal menawan negeri majmuk dan maju serta kaum bukan Melayu termasuk negeri Sabah Sarawak pada PRU16 akan datang. Atas faktor ini, ketidakcukupan kerusi parlimen dari blok bukan Melayu dan Sabah Sarawak, akan terus menyebabkan PN menjadi pembangkang selepas PRU 16 jika gabungan itu masih tidak mempunyai strategi.

PN perlu mengubah strateginya supaya lebih pragmatik dengan demokrasi berparlimen negara. Juara satu kaum sahaja terbukti tidak akan mampu menjadi kerajaan di Malaysia. Contoh paling mudah ialah PAS yang selama ini tidak pernah bermimpi boleh menjadi kerajaan persekutuan kecuali sewaktu kerajaan PN yang melakukan back door government (kerajaan bukan melalui pilihanraya), mempelawa PAS untuk bersama di mana sebelum itu PAS hanya mentadbir negeri-negeri yang sama iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Apakah kelemahan dan strategi yang perlu ditambah baik PN ?

- Advertisement -

1. Kepimpinan

Kelemahan ketara PN ialah gabungan itu tidak mempunyai de facto leader. Apabila PN disebut, tiada siapa boleh menyebut satu nama pemimpin yang melambangkan gabungan itu. Sebagai contoh Pakatan Harapan (PH) – Anwar Ibrahim, Barisan Nasional (BN) – Zahid Hamidi, Gabungan Parti Sarawak (GPS) – Abang Johari dan Parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS) ialah Hajiji Noor.

Jika kita sebut PN siapakah yang melambangkan gabungan ini ? Adakah Muhyiddin Presiden Bersatu ? Hamzah Ketua Pembangkang di parlimen ? Presiden PAS Hadi Awang, atau Menteri Besar (MB) Kedah Sanusi dan MB Terengganu Ahmad Samsuri yang kini sangat disebut-sebut sebagai calon Perdana Menteri PN ?

Disebabkan perkara ini, bukan sahaja arah tuju gabungan PN tidak tersusun kemas, tetapi masing-masing bebas mengeluarkan kenyataan-kenyataan ‘mengejut’  dan bercanggah tanpa pengetahuan sesama sendiri. Tiada pengiraan politik sama ada memberi kesan positif atau negatif apabila sesuatu tindakan dan kenyataan dikeluarkan kerana tiada persefahaman bersama dibincangkan.

Sumber dari kepimpinan Bersatu yang tidak mahu dikenali berkata, tidak semua kenyataan yang dikeluarkan oleh PAS akan dirujuk dahulu sesama parti komponen. Oleh itu Bersatu juga terkena tempias dengan komen dari Sultan Selangor terhadap Hadi Awang, menurut sumber itu.

Apabila sesebuah parti politik menampakkan hubungan yang tidak baik dengan institusi diraja, ia memberi imej negatif dan kesukaran untuk bekerjasama di masa hadapan. Ini adalah sesuatu yang tidak baik kepada PN kerana di cop sebagai penderhaka.

Sultan Selangor tempelak kenyataan Hadi

2. Keakraban Dengan Raja-raja Melayu yang merosot

Suka atau tidak, negara mengamalkan demokrasi berparlimen Raja Berperlembagaan. Setiap urusan walaupun tiada kuasa mutlak dari raja-raja Melayu, tetapi ianya perlu melalui institusi tersebut. Ia adalah amalan di negara ini.

Apabila PN dilihat tidak bersetuju dengan institusi diraja, ia sebenarnya memberikan keburukan kepada PN.

Raja-raja Melayu mempunyai pengaruh pada golongan elit, pihak berkuasa dan badan pemerintah di Malaysia. Tidak boleh dinafikan.

Teguran terbuka Hadi Awang kepada raja-raja Melayu supaya ‘meletakkan akhirat melebihi duniawi’ amat tidak wajar. Ia seolah-olah mengatakan apabila raja-raja Melayu tidak bersama PN, maka ‘anda adalah duniawi’. Jangan libatkan raja-raja Melayu dalam persengketaan politik dengan pihak musuh. PN perlu membina hubungan baik dengan institusi diraja dan kecualikan raja-raja Melayu dalam ‘perlawanan politik’ , kecuali jika ada salah laku dari golongan raja, ia bukan lagi isu politik.

Jika semata-mata seperti titah Agong tidak menyebelahi PN, dan PN memberi reaksi balas negatif kepada raja-raja Melayu, ia akan menambah satu lagi liabiliti kepada PN.

Ditambah pula dengan semua ahli parlimen PN boikot lari keluar dari dewan persidangan parlimen kerana PM ingin membawa usul supaya dewan mengucapkan penghargaan kepada Agong sebelum ini dan ucapan tahniah kepada Yang DiPertuan Agong Sultan Ibrahim. Usul yang baik tetapi diboikot pula oleh PN.

Rakyat yang bijak akan menilai kenapa PN sebagai pembangkang bertindak sedemikian. Adakah kerana Agong tidak mahu lagi melayan karenah politik mereka yang ingin meruntuhkan kerajaan sebelum habis penggal ?

Tular berkenaan hubungan raja-raja Melayu dan pemimpin PN tidak sehaluan bukanlah baru. Ia bermula sejak di era Covid19 lagi dan pemilihan jalan darurat yang lama dalam membendung wabak itu yang tidak dipersetujui oleh Yang DiPertuan Agong ketika itu, tetapi tetap diteruskan juga oleh kerajaan PN.

PN harus memulihkan hubungan dengan raja-raja Melayu supaya tidak dilihat sebagai gabungan politik yang akan memberi masalah kepada institusi diraja pada masa hadapan.

3. Naratif satu kaum dan satu agama tidak akan berjaya, perlu berusaha menawan hati bukan Melayu

Bukan hanya dari segi matematik bahawa bilangan PN tidak cukup kerusi tanpa kawasan parlimen bukan Melayu untuk menjadi kerajaan persekutuan, tetapi negara majmuk ini memerlukan penglibatan semua kaum.

Parti Gerakan gagal dan tidak relevan. Apa pilihan yang PN ada ? Dua sahaja iaitu bersama kerajaan sedia ada untuk mewujudkan kerajaan perpaduan atau terus menjadi pembangkang serta berusaha menawan penyokong DAP. Jika para penyokong DAP tidak beralih arah, PN tetap akan menjadi pembangkang kerana undi PN hanya daripada orang Melayu yang terpecah banyak kepada beberapa parti politik lain seperti UMNO, PKR dan Amanah.

4. Ahli parlimen PN perlu dilatih supaya nampak professional termasuk dengan pembawakkan isu-isu rakyat

Ahli Parlimen PN perlu mengkaji dahulu sesama mereka sebelum mengeluarkan usul atau pertanyaan kepada kerajaan supaya tidak nampak seperti tidak tahu punca atau tidak bersedia.

Tular banyak di sosial media di mana ahli-ahli parlimen PN dijadikan bahan jenaka dengan usul-usul yang dibawa mudah ‘ditembak’ semula oleh ahli parlimen kerajaan dan tidak mampu dijawab dengan fakta oleh ahli parlimen PN.

Terdapat beberapa usul yang menampakkan tidak kompetennya ahli parlimen PN dan ini memberi kesan negatif kepada PN seperti isu ‘tiada peruntukan – tidak boleh berkhidmat’.

Ia menampakkan ketidakmampuan ahli parlimen PN. Ya mungkin PN tidak risau akan semua perkara tersebut kerana pengundi mereka akan tetap mengundi PN walau apa jua prestasi, tetapi PN mesti ingat bahawa ianya penting untuk berusaha mengambil hati pengundi lawan dan atas pagar .

PN perlu ditunjukkan kewibawaan untuk menarik para pengundi yang lebih kritis pemikiran untuk mengundi parti itu.

Hari ini salah satu parti komponen PN, Bersatu akan mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa . Adakah hasil daripada mesyuarat itu akan memperkasakan PN secara langsung atau sebaliknya ?

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img