KUALA LUMPUR: Kejayaan Bumiputera adalah penting kepada kejayaan aspirasi Malaysia Madani secara keseluruhan, kata ketua whip DAP Yb Nga Kor Ming.
Beliau berkata masyarakat Madani yang bersatu padu, disifatkan sebagai komponen penting bagi kejayaan dan kemajuan berterusan negara, memerlukan kerjasama strategik daripada semua pihak yang merentasi kaum, termasuk antara Bumiputera dan bukan Bumiputera.
Ujar beliau lagi bersetuju dengan kenyataan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, bahawa cabaran era globalisasi kini adalah persaingan antara syarikat tempatan dan syarikat asing khususnya syarikat antarabangsa. Jadi kerjasama antara semua kaum adalah penting sambil tidak terpengaruh dengan pemikiran lapuk yang dibelenggu dengan mentaliti perkauman.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Temptan itu berkata selepas menghadiri Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB2024). ) di Putrajaya hari ini.