Free Porn
xbporn

buy twitter followers
uk escorts escort
liverpool escort
buy instagram followers
Galabetslotsitesi
Galabetsondomain
vipparksitesigiris
vipparkcasinositesi
vipparkresmi
vipparkresmisite
vipparkgirhemen
Betjolly
spot_img
spot_img

PATI boleh balik negara asal tanpa tindakan bermula hari ini

spot_img

PUTRAJAYA – Kerajaan melaksanakan Program Repatriasi Migran yang membenarkan pendatang asing tanpa izin (PATI) pulang ke negara asal secara sukarela tanpa dikenakan tindakan undang-undang, bermula hari ini hingga akhir tahun ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, program itu dapat membantu kerajaan mengurangkan jumlah keberadaan PATI di dalam negara selain mengimbangi elemen keselamatan serta menjana ekonomi negara.

Katanya, data kementeriannya mendapati seramai 1.1 juta PATI berada di Malaysia dengan 50 peratus daripada jumlah itu bersertuju untuk bekerja semula di program Rekalibrasi 2.0.

- Advertisement -

Baki 600,000 PATI akan menrima manfaat daripada Program Repatriasi Migran untuk tempoh 10 bulan akan datang.

“Melalui program Repatriasi Migran yang dimulakan ini, pengecualian tindakan penjara dan pendakwaan diberikan kepada PATI yang hadir serah diri secara sukarela untuk pulang ke negara asal mereka.

“Pemerhatian kami mendapati setakat jam 12 tengahari tadi seramai 848 orang PATI di seluruh negara telah berdaftar untuk menyertai program Repatriasi Migran,” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

- Advertisement -

Menurut Saifuddin, PATI yang menyertai Program Repatriasi Migran ini tidak akan disiasat atau diambil tindakan mengikut perenggan 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 [Akta 155] iaitu kesalahan memasuki Malaysia tanpa Pas yang sah dengan kadar kompaun RM500.

Perenggan 15(1)(c) Akta 155 iaitu kesalahan tinggal di Malaysia selepas tamat tempoh Pas yang dikeluarkan kepadanya dengan kadar kompaun RM500 dan subperaturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 iaitu kesalahan melanggar syarat Pas dengan kadar kompaun RM300.

Tambah beliau, mereka hanya akan dikenakan kompaun RM300 dan diuruskan pemulangan ke negara asal oleh Jabatan Imigresen Malaysia.

“Proses pendaftaran dan pelaksanaan Program Repatriasi Migran ini akan dikawal selia oleh Jabatan Imigresen Malaysia sepenuhnya dengan perincian lanjut mekanisme pelaksanaan oleh pihak Jabatan,” katanya.

Saifuddin berkata, pelaksanaan program itu tidak melibatkan mana-mana ejen tengah atau pihak ketiga.

 

Sumber– MalaysiaGazette

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img