spot_img
spot_img

Columbia batal beli senjata Israel selepas Zionis bunuh 100 rakyat Palestine berebut makanan

spot_img

BOGOTÁ, 1 Mac — Kerajaan Columbia hari ini menuduh Zionis Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai di Gaza, kata Presiden Colombia, Gustavo Petro semalam. Dengan serta merta mereka menggantung pembelian senjata Israel selepas Zionis Israel menembak secara rambang berpuluh-puluh orang hingga maut dalam perebutan bantuan makanan di wilayah Palestin yang diceroboh.

Israel adalah salah satu pembekal utama senjata kepada pasukan keselamatan negara Amerika Selatan itu, yang terlibat dalam konflik selama beberapa dekad dengan gerila kiri, separa tentera sayap kanan dan kartel dadah.

Petro membuat pengumumannya semalam selepas tentera Israel melepaskan tembakan ke arah rakyat Palestin yang berebut-rebut mendapatkan bantuan makanan dalam keadaan huru-hara yang dilaporkan oleh kementerian kesihatan di wilayah kawalan Hamas hingga membunuh lebih 100 orang.

- Advertisement -

Sumber Israel mengakui tentera penceroboh telah melepaskan tembakan ke arah orang ramai, kerana mempercayai ia “menimbulkan ancaman.”

“(Akibat) berebut makanan, lebih 100 rakyat Palestin dibunuh oleh (Perdana Menteri Israel Benjamin) Netanyahu. Ini dipanggil pembunuhan beramai-ramai dan mengimbas kembali Holocaust,” tulis Petro di X.

“Dunia mesti menyekat Netanyahu. Colombia menggantung semua pembelian senjata dari Israel.”

- Advertisement -

Tentera dan polis Colombia selama beberapa dekad menggunakan senapang, pistol dan peluru berpandu dari Israel.

Tentera udaranya memiliki kira-kira 20 pesawat tempur Kfir, dan negara itu mempunyai hak untuk mengeluarkan senapang automatik Galil dan peluru berpandu Spike di bawah paten Israel.

Petro, seorang pengkritik kempen Israel di Gaza, telah berhujah keras dengan duta negara itu di Bogota, Gali Dagan.

Pada bulan Oktober, hanya beberapa hari selepas permulaan perang, Israel berkata ia “menghentikan eksport keselamatan” ke Colombia selepas Petro menuduh Menteri Pertahanan Israel Yoav Gallant menggunakan bahasa tentang penduduk Gaza sama seperti apa yang “kata Nazi tentang orang Yahudi. ”

Presiden berhaluan kiri pertama Colombia itu juga telah menegaskan bahawa “rakyat demokratik tidak boleh membenarkan Nazisme untuk dijelmakan semula dalam politik antarabangsa.”

Insiden Khamis itu menambah jumlah kematian rakyat Palestin yang menurut kementerian kesihatan Gaza telah melebihi 30,000, terutamanya wanita dan kanak-kanak.

 

 

Sumber — AFP

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img