spot_img
spot_img

OK Vision milik Vincent Tan mahu kerjasama dengan Bernama untuk sumber berita pelanggannya

spot_img

Kuala Lumpur 29 Feb : Syarikat penyiaran satelite baharu, dengan kerjasama Ansat Broadcast Sdn Bhd milik hartawan Vincent Tan dan konglomerat multinasional Indonesia MNC Group menyatakan hasrat untuk berkolaborasi dengan Malaysia National News Agency (Bernama) bagi mendapatkan sumber-sumber berita terkini buat pelanggannya.

Menurut sumber Bernama, setakat ini ia di dalam proses perbincangan untuk ke arah penggabungan itu.

Ok Vision telah bertapak di Indonesia dan kini telah masuk ke pasaran Malaysia dengan target pasaran mereka ialah diaspora Indonesia di negara ini dan pasaran berbahasa Melayu.

- Advertisement -

Ia akan lebih menayangkan drama-drama Indonesia atau dikenali sebagai Sinetron. OK Vision menyediakan 35 saluran yang dipancarkan melalui satelit ke peranti OK100 yang dihubungkan menggunakan antena satelit gelombang-KU. Melaluinya, ia menyediakan siaran saluran percuma merangkumi saluran RTM, TV3, CNA, SUKETV, MNCTV dan sebagainya.

Dan dibawah pelan OK PEK berharga RM20 sebulan, ia turut menawarkan sejumlah saluran tambahan lain, termasuk Crime Investigation, Outdoor, MNC Drama, GTV, ZeeBioskop, dan beberapa yang lain lagi.

Bernama pula telah memulakan operasinya sebagai badan memberikan informasi berita yang sah dari Malaysia sejak 20 May 1968 lagi. Reputasi Bernama digunakan dan dirujuk oleh pihak kerajaan, swasta dan semua pemain-pemain media di negara ini.

- Advertisement -

OK Vision dilancarkan baru-baru ini dengan dihadiri oleh Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Tan Sri Mohamad Salim Fateh.

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img