London Escorts sunderland escorts 1v1.lol unblocked yohoho 76 https://www.symbaloo.com/mix/yohoho?lang=EN yohoho https://www.symbaloo.com/mix/agariounblockedpvp https://yohoho-io.app/ https://www.symbaloo.com/mix/agariounblockedschool1?lang=EN
spot_img
spot_img

Bank Islam biaya RM90juta projek solar di Perak

spot_img

KUALA LUMPUR: Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) semalam menandatangani perjanjian pembiayaan bernilai RM91.5 juta dengan Sand Town Solar Sdn. Bhd. (STS).

STS merupakan anak syarikat milik penuh Kumpulan Ga­ding Kencana Sdn. Bhd. (GKSB), sebuah syarikat perkhidmatan tenaga boleh baharu termasuk dalam rekaan dan pemasangan sistem fotovoltaik solar, pemasangan dan penyelenggaraan sistem elektrik, sistem pengurusan tenaga.

Pembiayaan daripada Bank Islam akan dimanfaatkan bagi memenuhi perbelanjaan modal yang diperlukan STS termasuk pembiayaan semula tanah dan kos pembangunan bagi projek ladang fotovoltaik (PV) solar berkapasiti 29.99 megawatt (MW) di Bidor, Perak.

- Advertisement -

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Islam, Datuk Mohd. Muazzam Mohamed berkata, Bank Islam amat berbesar hati kerana menjadi sebahagian daripada usaha yang se­iring dengan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) dan memacu pelaburan dalam sektor tenaga boleh baharu (RE).

Menurutnya, pembiayaan itu dapat menyokong usaha peralihan tenaga Malaysia, daripada penjanaan tenaga berasaskan bahan bakar fosil dan arang batu kepada sumber RE seperti tenaga solar.

“Usaha ini juga akan mendorong penggunaan penyelesaian yang bersifat mesra alam dan menyumbang kepada ekonomi yang lebih sejahtera dan berdaya tahan,” katanya dalam kenyataan.

- Advertisement -

Tambah beliau, Bank Islam sentiasa terbuka untuk mewujudkan lebih banyak kerjasama dengan penggiat industri dalam merealisasikan matlamat sifar bersih karbon negara menjelang tahun 2050 yang ditetapkan kerajaan.

“Ia demi masa depan yang mampan bagi semua pihak,” katanya.

Terdahulu, pemeteraian perjanjian disempurnakan antara Pengarah, Penyelesaian Pelanggan Komersial, Perbankan Institusi Bank Islam, Ahmad Haliman Abd. Halim dengan Pengarah Urusan Kumpulan Gading Kencana Sdn. Bhd. (GKSB), Datuk (Dr) Ir. Muhamad Guntor Mansor Tobeng.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof; Mohd. Muazzam dan Pengarah Eksekutif STS, Datin Hasnah Awang turut menyaksikan pe­meteraian perjanjian tersebut.

Sementara itu, Muhamad Guntor berkata, pihaknya amat menghargai komitmen Bank Islam berkongsi visi dan komited dalam menyokong pertumbuhan sektor RE menerusi penyediaan pembiayaan hijau.

“Perjanjian kemudahan pembiayaan yang dimeterai ini bukan sahaja mencerminkan hubungan baik antara GKSB dan Bank Islam yang terjalin sejak 2019 tetapi juga keteguhan sokongan institusi kewangan Islam terhadap sektor tenaga bersih negara,” katanya.

 

Sumber – UTUSAN

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img