spot_img
spot_img

Pendakwaan berjaya batalkan pembebasan kes Muhyiddin

spot_img

PUTRAJAYA, 28 Feb — Pihak pendakwaan berjaya dalam rayuannya berhubung pelepasan oleh Mahkamah Tinggi terhadap kes bekas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung empat pertuduhan salah guna kuasa.

Panel tiga anggota Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail berkata keputusan itu sebulat suara.

Beliau turut disertai Hakim Datuk Azmi Ariffin dan Datuk SM Komathy Suppiah.

- Advertisement -

Mereka memerintahkan pengembalian semula empat pertuduhan dan menetapkan 4 Mac untuk sebutan kes di Mahkamah Sesyen.

Sementara itu, peguam utama Muhyiddin, Datuk Hisyam Teh Poh Teik ketika ditemui pemberita berkata pasukannya sedang mempertimbangkan untuk merayu keputusan itu.

“Kami serius mempertimbangkan untuk merayu, tetapi kami akan menunggu sehingga 4 Mac untuk sebutan kes,” kata Hisyam.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img