Free Porn
xbporn

buy twitter followers
uk escorts escort
liverpool escort
buy instagram followers
Galabetslotsitesi
Galabetsondomain
vipparksitesigiris
vipparkcasinositesi
vipparkresmi
vipparkresmisite
vipparkgirhemen
Betjolly
spot_img
spot_img

Syarikat eAuto bangunkan sistem pindah hak milik kenderaan secara online

spot_img

SEREMBAN: Mulai April, pengedar kereta terpakai tidak lagi perlu pergi ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk memindahkan sementara pemilikan kenderaan yang mereka beli daripada penjual, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Beliau juga berkata peengedar kereta boleh berbuat demikian secara dalam talian apabila skop e-STMS (Sistem Tukarmilik Sementara/Pemindahan Pemilikan Kenderaan Sementara) diperluas dan disepadukan dengan sistem MySikap JPJ.

Sebagai menteri beliau telah meluluskan idea itu dan menyerahkan kepada rakan teknikal JPJ iaitu syarikat eAuto untuk melaksanakannya dengan berkesan.

- Advertisement -

Apabila siap, orang ramai tidak perlu lagi ke JPJ kerana urusan itu boleh dilakukan secara dalam talian. Anthony berkata demikian pada majlis sambutan ulang tahun ke-42 Persatuan Penjual Kereta dan Syarikat Kredit Negeri Sembilan Sabtu lepas (23 Feb).

eAuto ialah sebuah syarikat swasta yang telah bekerjasama dengan JPJ selama beberapa tahun untuk menyediakan perkhidmatan dalam talian.

Antara faedah lain menerusi sistem ini, pengedar kereta terpakai juga akan segera mengetahui sejarah kereta yang mereka beli, baki nilai dengan institusi kewangan, sejarah pemilik dan semua maklumat yang ada dalam pangkalan JPJ berkenaan sesuatu kenderaan tersebut.

- Advertisement -

Tambahnya lagi, sistem online itu akan membantu pengedar kereta terpakai mengenal pasti kereta curi yang ingin dijual kepada mereka.

Bagi pihak penjual kenderaan pula, Anthony berkata di bawah sistem online itu akan dapat menyegerakan bayaran balik untuk baki dalam cukai jalan mereka.

“Pengedar kereta terpakai boleh membatalkan cukai jalan kereta yang dibelinya dan mengembalikan jumlah baki kepada penjual serta-merta. “Pada masa ini, proses itu membosankan kerana pembeli kereta terpakai perlu pergi secara fizikal ke JPJ untuk melakukan ini,” katanya sambil menambah kaedah pembayaran balik akan diumumkan tidak lama lagi.

Loke berkata menerusi eSTMS, pengedar kereta terpakai juga boleh mencetak sijil pemilikan kenderaan secara elektronik di pejabat mereka.

“Pembeli akan dapat mencetak dan menyimpan salinan digital tanpa perlu pergi ke JPJ.

“Pendek kata, keseluruhan proses boleh dilakukan tanpa pembeli perlu ke JPJ,” katanya.

Beliau berkata sistem itu akan dijalankan untuk tempoh percubaan setahun dan JPJ kemudiannya akan melihat cara untuk menambah baiknya jika perlu.

Loke berkata sistem dalam talian itu telus dan akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak iaitu pembeli dan penjual.

“Mereka yang menjual kereta sudah tentu mahu hak milik itu dipindahkan secepat mungkin kerana sekiranya pertukaran nama itu ditangguhkan, mereka masih boleh bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kesilapan.

“Apabila transaksi dilakukan secara dalam talian, pengedar kereta terpakai akan bertanggungjawab ke atas kereta tersebut,” katanya.

Objektif utama kementerian pengangkutan ialah untuk menuju ke arah pendigitalan supaya memudahkan keseluruhan transaksi dan orang ramai tidak perlu lagi ke JPJ.

Turut hadir pada majlis makan malam itu ialah Presiden Persekutuan Persatuan Syarikat Permotoran dan Kredit Malaysia Datuk Tony Khor Chong Boon dan ketua bahagian negerinya Teh Seng Hap.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img