Free Porn
xbporn

buy twitter followers
uk escorts escort
liverpool escort
buy instagram followers
Galabetslotsitesi
Galabetsondomain
vipparksitesigiris
vipparkcasinositesi
vipparkresmi
vipparkresmisite
vipparkgirhemen
Betjolly
spot_img
spot_img

Isu pekerja asing, pekerja mahir dan pekerja gig ekonomi

spot_img

PETALING JAYA: Akhbar harian berbahasa Inggeris, The Star membuat laporan berkenaan isu pekerjaan hari ini.

Dalam laporan itu ada menyebut bahawa pihak kerajaan harus mempertimbangkan untuk menarik balik pembekuan kuota pengambilan pekerja asing memandangkan Program Pemindahan Balik Migrasi yang bermula pada 1 Mac ini, kata pihak perniagaan.

Pekerja asing yang menerima program penghantaran pulang itu tidak akan didakwa, seperti yang dimaklumkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

- Advertisement -

Antara isu yang ditimbulkan dalam laporan itu ialah rungutan daripada Presiden Persatuan Pemilik Restoran Muslim Malaysia Datuk Jawahar Ali Taib Khan yang berkata sebahagian daripada pekerja asing yang ada di Malaysia hari ini telah menetap bertahun-tahun lamanya, justeru levi pekerja asing menjadi sangat mahal dan menyukarkan majikan untuk membayarnya.

Jadi dengan program pengampunan itu, beliau berkata pekerja asing boleh pulang ke negara asal mereka. Ia lebih baik dari menahan mereka di kem imegresen.

Dalam laporan itu, beliau menggesa Kerajaan mesti memudahkan proses pengambilan pekerja asing baharu.

- Advertisement -

Presiden Persatuan PKS Malaysia Ding Hong Sing juga menyokong langkah program penghantaran pulang kerana ia adalah cara yang lebih murah untuk membantu pekerja tanpa izin pulang ke negara asal mereka.

“Tetapi impak bagi sesetengah majikan ialah mereka mungkin menghadapi kekurangan pekerja,” katanya sambil menambah bahawa PKS (perusahaan kecil dan sederhana) dalam sektor perladangan dan pembuatan mungkin terjejas.

Presiden Bersekutu Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia Tan Sri Low Kian Chuan pula berkata ia menyokong program penghantaran pulang, termasuk bagi mereka yang melakukan kesalahan imigresen.

“Pelbagai program telah diperkenalkan sebelum ini oleh kerajaan untuk menghalalkan pekerja asing tanpa izin.

“Bagaimanapun, kita difahamkan terdapat situasi ketidakseimbangan dalam penawaran pekerja asing dalam pelbagai sektor ekonomi.

“Kelonggaran tertentu mesti diberikan dan semakan permohonan kes demi kes mesti dibenarkan untuk sektor ekonomi kritikal tersebut,” tambah Low.

Presiden Dewan Perniagaan dan Industri India Kuala Lumpur dan Selangor Nivas Ragavan berkata pengambilan pekerja asing mesti dibenarkan berdasarkan keperluan industri menurut laporan itu.

Sebagai contoh, beliau berkata Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing perlu dibuka kepada semua industri supaya mereka boleh melaksanakan usaha wajar melalui sistem itu semasa proses pengambilan.

“Memandangkan kelulusan itu datang daripada pihak berkuasa, ini juga akan menghalang majikan dan ejen yang tidak bertanggungjawab daripada memanfaatkan kelemahan untuk membawa masuk pekerja asing dan kemudian mengeksploitasi mereka,” katanya.

Presiden Persekutuan Pengilang Malaysia Tan Sri Soh Thian Lai berkata mereka percaya keputusan kerajaan untuk melaksanakan program penghantaran pulang mulai 1 Mac ini adalah perlu bagi menguruskan situasi pekerja asing tanpa izin di negara ini, yang “membimbangkan.”

Punca utama kemasukan pekerja asing tanpa izin adalah dasar sebelum ini membenarkan syarikat atau ejen dalam dan dari negara asal pekerja asing membawa mereka masuk sebagai pekerja yang belum pasti pekerjaannya dan bukan sebagai pekerja langsung yang diperlukan industri, katanya.

Ramai pekerja telah dibawa masuk melalui saluran ini dengan janji pekerjaan, hanya untuk ditinggalkan dalam kesusahan tanpa sebarang kerja sewajarnya yang dijanjikan untuk mereka, kata Soh.

Walaupun sektor pembuatan mengambil kira keputusan Kabinet untuk mengekalkan pembekuan permohonan kerana terdapat pekerja yang mencukupi dalam sektor kritikal, Soh berkata mungkin terdapat kes tulen majikan dalam sektor itu yang masih memerlukan pekerja.

“Kerajaan harus mempertimbangkan permohonan dan kelulusan ini berdasarkan keperluan,” katanya.

Program penghantaran pulang akan membolehkan warga asing tanpa izin dihantar pulang tanpa didakwa selepas mereka menyelesaikan kompaun bagi pelbagai kesalahan imigresen termasuk tinggal lebih masa dan memasuki Malaysia tanpa dokumen yang sah.

Kerajaan Fokus Latih Tenaga Mahir melalui Kementerian Sumber Manusia

Antara laporan berkaitan, Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong berkata, kerajaan menumpukan usaha melatih pekerja mahir dan berkemahiran untuk membantu mereka meningkatkan kemahiran dan pada masa yang sama mahu memastikan pekerja mendapat gaji yang lebih baik.

Steven Sim berkata, jika pekerja mahir, ia bermakna produktiviti meningkat dan secara langsung memberi keuntungan kepada perniagaan.

Katanya lagi, kerajaan memperuntukkan RM44 bilion untuk membantu syarikat terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS) membangunkan infrastruktur dan menaikkan rantaian nilai melalui automasi, pendigitalan dan sebagainya.

Selain itu, kerajaan juga memperuntukkan RM6.8 bilion untuk meningkatkan produktiviti pekerja melalui TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional), tambahnya ketika ditemui di Karnival Latihan Madani, Bukit Mertajam.

Pekerjaan Tidak Formal Meningkat. 

The Star memetik data dari Penyelidikan Bank Pelaburan Maybank (Maybank IB) yang melaporkan bahawa kadar pengangguran dalam pasaran pekerjaan Malaysia menunjukkan tanda-tanda kestabilan, kekal pada 3.3% pada Disember 2023 untuk bulan kedua berturut-turut, menjadikan purata pengangguran bagi tahun ini kepada 3.4%, turun daripada 3.8% pada 2022.

Namun negara menyaksikan peningkatan bilangan pekerja tidak formal akibag krisis kos sara hidup yang meningkat.

Maybank IB Research berkata pertumbuhan dalam pekerjaan tidak formal bagi 2023 ialah 6.5% berbanding 9.7% pada 2022, mengatasi jumlah pertumbuhan guna tenaga (pekerjaan formal) yang berada pada 2.4% pada 2023 dan 3.5% pada 2022.

Akhbar The Star juga memetik kajian Profesor ekonomi Universiti Sains dan Teknologi Malaysia, Geoffrey Williams berkata peningkatan mereka melibatkan diri dalam bekerja sendiri, industri kecil dan ekonomi gig , kerana pendapatan isi rumah berada di bawah tekanan. Jadi, para wanita dan belia mengambil kerja tambahan dan santai mengikut waktu lapang mereka, tidak formal, gig-ekonomi untuk membantu rumah tangga mereka.

Geoffrey juga mendapati peningkatan golongan belia wanita dalam kerja tidak formal itu, dan memberi kesan akan jumlah gender itu mendaftar untuk sambung belajar di institusi pengajian tinggi. Tidak dinafikan juga terdapat ramai graduan yang tidak memperoleh pekerjaan juga terlibat dalam kerja tidak formal tersebut.

Menurut kajian itu lagi, pekerjaan tidak formal ini tidak menjamin masa depan kerana ia bersifat jangka masa pendek, mudah untuk “masuk dan keluar”.

Namun menurut Geoffrey lagi, kajian mereka mendapati fenomena orang mida tidak mendapat pekerjaan adalah masalah yang berlaku di semua negara. Permintaan kepada tenaga kerja muda sangat rendah. Jika ada pun, gajinya adalah murah dan mungkin nilainya di bawah kemiskinan bandar. Jadi dengan bercambahnya syarikat-syarikat gig, orang muda lebih berminat menyertainya.

The Star juga memerik laporan itu bahawa campur tangan kerajaan di dalam sektor gig seperti kawalan dan latihan tidak akan membantu. Gig ekonomi harus bebas dan biarkan pasaran yang menentukan permintaan dan penawaran.

Namun secara keseluruhan melalui laporan berkenaan tenaga kerja di Malaysia ialah ianya stabil dan tidak membimbangkan.

 

 

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img